Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nak Masuk Tahun Baru, Cuba Kemas Almari Baju, Koleksi Yang Tak Selalu Pakai, Bagi Orang Lain Manfaatkan.

Afiza Kamarulzaman
28/12/2020 14:42 MYT

Daripada mencari almari, rak atau ruang ekstra untuk menempatkan koleksi-koleksi yang dimiliki, apa kata ‘dihadkan’ mana yang perlu dan ketepikan yang rasanya jarang-jarang digunakan lagi. Ya, faham kebanyakannya koleksi kesayangan dan dengan alasan ‘nanti, nak pakai lagi.’


Namun, fikirlah kerugian yang kamu perlu tanggung. Beberapa lama barang itu hanya diperam, akhirnya rosak kerana tidak dijaga dan jarag digunakan. Kalau diberi kepada orang yang boleh memanfaatkannya, tetu lebih besar faedahnya. Pahala pun dapat. Bertambah-tambah rezeki kamu nanti.



Kredit Foto: Google


Belajar Untuk Melepaskan


Sebelum mula berkemas, tarik nafas dalam-dalam dan tetapkan dalam fikiran bahawa kamu harus mengenepikan barang-barang yang tidak berpakai lagi. Amalan menyimpan hanya akan membawa kerugian berpanjangan. Buat satu ‘list’ apakah yang kamu rasa perlu dan tidak, kemudian baru saringan ke dua sebelum menyingkirkan yang tidak perlu.


Jangan difikir lagi. Masukkan semua barangan tersebut ke dalam plastik atau kotak, dan tutup terus. Jangan dibuka lagi. Lekas-lekas cari tuan barunya dan terus diberikan sahaja. Rasakan perasaannya selepas itu. Seperti mana ruang yang sudah lebih terurus dan lapang itu, begitulah rasanya di hati kamu selepas berjaya memberi koleksimu kepada yang memerlukan.



Kredit Foto: Google


Berilah Sesuatu Itu Ketika Kamu Sayang


Ya, besar pahala dan rahmatnya jika kamu memberikan sesuatu yang kamu sayang kepada insan lain untuk dimanfaatkan. Bukan memberikan sesuatu yang tiada nilai di sisimu. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Seseorang yang baik itu adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.”


Maka, manfaatkanlah apa yang kamu miliki itu selagi ia masih boleh digunakan. Percayalah, kamu tidak mengurangkan koleksi yang dimiliki. Sebaliknya, kamu akan memiliki lebih daripada yang kamu himpunkan itu. Impaknya tidak dilihat pada mata kasar tapi ‘nilainya’ ada bersama keikhlasan yang kamu zahirkan. All the best!





#Derma #Manfaat #Spring Cleaning
;