ASTRO tampil dengan program terbaru — Dansa Dan Sing. Ia sebuah pertandingan realiti yang mengenengahkan gabungan elemen dinamik seni tari dan suara sebagai kriteria utama dalam penilaian oleh barisan juri profesional di pentas mingguan.

Musim pertama Dansa Dan Sing nanti bakal menyaksikan persaingan sengit antara 10 barisan artis tanah air yang terdiri daripada penyanyi, pelakon dan selebriti internet popular di Malaysia.

Menariknya lagi, setiap peserta yang bertanding akan diiringi oleh koreografer dan krew tarian atau troopers pilihan setiap pasukan.





Antara selebriti yang diumumkan menyertai program ini ialah Arja, Atilia Haron dan Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani Kayrie, WARIS dan Harris Baba.

Dansa Dan Sing akan dikelolakan oleh Sherry Alhadad sebagai pengacara manakala Datuk Rizalman Ibrahim dan Linda Jasmine sebagai juri tetap. Pastinya ramai tertanya mengapa Datuk Rizalman Ibrahim dilantik menjadi juri tetap program ini? Pelikkan seorang pereka fesyen menjadi juri sebuah pertandingan tarian dan nyanyian seperti ini?



Menurutnya, walaupun dia seorang pereka fesyen, namun beliau punya pengalaman dan tahu tentang selok-belok pementasan seni itu sendiri. Ia menjadi kelebihan kepada beliau untuk menilai aspek pementasan secara keseluruhan daripada persembahan peserta. Bukan hanya sekadar kemahiran tarian dan vokal sahaja.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing bakal bersiaran selama lapan minggu dari Audiotrium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 5 Januari 2020.

Program ‘Dansa Dan Sing’ akan bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On demand.





Senarai 10 Peserta & Troopers ‘Dansa Dan Sing’

1. Arja - The Pirates





2. Atilia Haron & Yasmin Hani - The Lola





3. Chubb-E - Zeppo Youngsterz Crew







4. Nik Qistina - DP Fam







5. Raja Syahiran - 2Twenty2 Squad







6. Shiha Zikir - Squad







7. Sophia Liana - Budak Ngam






8. Wani Kayrie - DeLitz







9. WARIS - Alamak






10. Harris Baba - Unique