Viral
#GempakWrapped2024: Khairul Aming ‘Juara’, Uncle Mike, Nek Kiah, Ujang, Pinn Yang, Kisah Inspirasi Viral Suntik Tauladan!
Telah tercetak segudang peristiwa sepanjang tahun 2024 namun ada di antaranya mencuri perhatian sama ada untuk dijadikan teladan atau pelajaran yang patut dilihat hikmahnya bersama.
Di sepanjang tahun ini juga banyak hal-hal yang menjadi tular dan meninggalkan impak tersendiri kepada rakyat Malaysia.
Berikut merupakan antara peristiwa yang telah menjadi bualan hangat sepanjang tahun ini.
Khairul Aming Impak Positif
Tiada yang lebih hebat, besar impak dan patut dijadikan teladan terbaik menerusi kisah tular di Malaysia selain ‘mahkota’ itu diberikan kepada pempengaruh Khairul Aming.Kisah-kisah tular lelaki yang juga usahawan berjaya inii menjadi inspirasi sepanjang tahun malah mengharumkan nama negara sehingga ke mata dunia.
Antara kisah tular yang telah dicetak dengan kemas dan positif oleh Khairul Aming apabila dikunjungi Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di ibu kota sambil memperkenalkan sarapan pagi rakyat Malaysia, memimpin bacaan ikrar Rukun Negara pada acara Keretapi Sarong 2024 dan meneraju Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan untuk mangsa banjir yang terjejas baru-baru ini.
Dengan sederet lagi hal-hal positif yang disebarkan sepanjang tahun ini termasuk menjadi majikan idaman ramai, Khairul Aming selayaknya menjadi pilihan utama Gempak yang mendominasi kisah tular 2024.
BERITA TRENDING: “Situasi Sangat Kritikal, Kena Cepat, Saya Minta Maaf” - Khairul Aming Mohon Maaf Tak Sempat Nak Bergambar, Beri Fokus Pada Mangsa Banjir
BERITA TRENDING: Khairul Aming Masak, Redah Banjir Agih 1,200 Pek Makanan: “Ramai Mangsa Berpindah Sehelai Sepinggang”
BERITA TRENDING: “Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap
BERITA TRENDING: #GempakNews: Khairul Aming Pimpin Bacaan Ikrar Di Keretapi Sarong 2024.
BERITA TRENDING: Khairul Aming Speechless! 80,000 Pek Dendeng Sold Out Dalam 3.39 Minit, Kaut Lebih RM1.2 Juta
BERITA TRENDING: Fazura, Beto Kusyairy Puji Usaha Sofyank & Khairul Aming Beri Kesedaran Tentang Palestin - “Well Done Boys”
Uncle Mike
Michael Tong Wai Siong, atau Uncle Mike, adalah seorang ahli perniagaan berusia 55 tahun yang telah membesarkan tiga anak angkat lelaki berbangsa Melayu dan beragama Islam sejak 16 tahun lalu.Kisahnya bermula ketika dia bertemu dengan Rafei Ahmad Fauzi di sebuah rumah anak yatim di Gombak. Tersentuh dengan kisah Rafei dan adik-beradiknya, Uncle Mike membawa mereka tinggal bersama dan menjadi bapa serta ibu kepada mereka.
Uncle Mike memastikan anak-anak angkatnya mendapat pendidikan agama Islam, termasuk mengupah ustaz dan berpuasa bersama mereka. Walaupun menghadapi cabaran besar, dia dibantu oleh rakan-rakan dan keluarganya, terutama ibunya.
Pada September 2024, Uncle Mike menerima Anugerah Maulidur Rasul sebagai penghargaan atas usahanya memupuk keharmonian antara kaum dan agama.
Kisahnya menjadi inspirasi tentang kasih sayang dan toleransi, menunjukkan bahawa perbezaan bukan penghalang untuk membantu sesama insan.
BERITA TRENDING: Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"
BERITA TRENDING: Uncle Mike Terima Anugerah Atas Jasa Membesarkan 3 Beradik Muslim Yatim Piatu
BERITA TRENDING: "Saya Takkan Pernah Boleh Gantikan Ibu & Ayah Mereka" - Uncle Mike
Pinn Yang & Sam Lim
Tahun 2024 membawa kisah inspirasi dua influencer muda Malaysia, Pinn Yang dan Sam Lim.Pinn Yang memulakan kerjayanya dengan projek kecil bersama keluarga, membangunkan Penang Foodie yang kini menjadi empayar media digital, Good Foodie Media, dengan lebih 24 juta pengikut.
Sam Lim, TikToker terkenal, menyumbang kepada masyarakat melalui eksperimen sosial yang mencetuskan dialog mengenai isu-isu semasa.
Walaupun menghadapi kontroversi pada tahun 2024, Sam menggunakan platformnya untuk meningkatkan kesedaran dan membincangkan kepentingan empati serta tanggungjawab sosial.
BERITA TRENDING: Sam Lim Anggap Pinn Yang Lagend! Simpan Hasrat Nak Buat Kolaborasi Bersama
BERITA TRENDING: Tak Peduli Dilabel Scammer, Sam Lim: "I Can't Control People To Love & Like Me"
Ujang Tukang Kasut
Pak Cik Ujang Samsudin, seorang tukang kasut di Bandar Baru Ampang, menghadapi kesukaran hidup dengan pendapatan harian sekitar RM15, sementara perlu membayar sewa bilik RM450 sebulan.Pak Cik Ujang pernah melalui 10 hari tanpa pelanggan, tetapi tetap tabah meneruskan perniagaan.
Dalam situasi sukar ini, Pak Cik Ujang tidak malu meminta bantuan. Kisahnya viral apabila ada pelanggan yang memuatnaik videonya di platform media sosial.
Sokongan komuniti dan media telah membantu meningkatkan profil perniagaan Pak Cik Ujang, membuktikan bahawa dengan ketabahan dan bantuan sesama insan, cabaran hidup dapat diatasi.
BERITA TRENDING: 10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."
BERITA TRENDING: Hanya Dapat RM15 Sehari, Pak Cik 'Tukang Kasut' Sayu Dibantu Penyampai Radio ERA - "Dia Minta Tolong Kami Promosikan..."
Nek Kiah Handal Mengaji
Nek Kiah, atau nama sebenarnya Rokiah Johan, seorang wanita berusia 87 tahun, menetap di Mesra Home Ampang. Sejak kecil, beliau sering diejek oleh rakan-rakan kerana lambat mengaji, dipanggil "mualaf" dan "lembab".Ejekan ini mendorongnya untuk berlatih mengaji tiga kali sehari tanpa pengetahuan ibu bapanya, sehingga kini beliau mampu mengaji dan menghafal Al-Quran dengan baik.
Nek Kiah telah meninggal dunia pada 20 Oktober 2024 pada usia 87 tahun.
Kisah hidup Nek Kiah menggambarkan ketabahan dan dedikasinya dalam mendalami ilmu Al-Quran, menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran.
BERITA TRENDING: Nek Kiah Meninggal Dunia, Teringin Nak Makan Murtabak Daging Antara Permintaan Terakhir
BERITA TRENDING: Punca Diejek, Nek Kiah Masih Ingat Mengaji Al-Quran Walau Usia Cecah 90 Tahun! - "Nak Bergaduh Takut, Jadi..."
Pelajar Daftar U Bawa Beg Guni
Seorang pelajar wanita yang mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi tular baru-baru ini selepas membawa beg guni sewaktu sesi tersebut.Rafida Zaiddin yang berasal dari Sandakan, Sabah kemudian menjelaskan tindakan membawa beg guni adalah mengikut saran bapanya yang merupakan seorang penjual buah-buahan secara kecil-kecilan.
“Saya gunakan guni plastik untuk bawa semua barang keperluan ketika pendaftaran pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi mengelak barang tercicir sebab saya naik bas selama enam jam ke universiti, tak sangka langsung ia tular di media sosial,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Kesan daripada kisahnya membawa beg guni tular, ia turut menyentuh hati dan mendapat perhatian semua pihak termasuklah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Bahagian Kebajikan dan Kewangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS akan membantu Rafida dan pelajar lain yang kurang berkemampuan.
Rombongan Pelajar Naik Kapal Terbang
Pada November lalu, sekumpulan 47 orang kanak-kanak dari Kuantan, Pahang menjadi tular selepas seorang guru merakamkan momen sebelum mereka menaiki kapal terbang saat mengikuti lawatan sambil belajar ke Petrosains, Kuala Lumpur.Menerusi perkongsian di TikTok, mereka merupakan kanak-kanak dari sebuah pusat pendidikan swasta bersama 13 guru menaiki kapal terbang Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) ke Kuala Lumpur.
Menurut guru, tujuan membawa kanak-kanak itu menaiki kapal terbang sebagai salah satu pendedahan awal menggunakan pengangkutan awam selain bas.
Tidak hanya menaiki kapal terbang, mereka juga berpeluang menaiki keretapi laju Express Rail Link (ERL) dan Light Rail Transit (LRT) untuk ke destinasi yang dituju sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Korban Kasih Cikgu Din
Berkat kuasa tular, seorang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Din dapat pulang ke Semenanjung untuk menjaga kebajikan isterinya, malah diberikan cuti daripada mengajar di sebuah sekolah di Kanowit, Sarawak.Cikgu Din diketahui berulang alik setiap dua minggu untuk menjaga isterinya yang menghidap kanser tulang rawan tahap empat di Kelantan sebelum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan perbincangan Bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Kelantan dan bersetuju untuk menempatkan Cikgu Din di sekolah berhampiran isterinya untuk tempoh sementara.
Namun hanya beberapa bulan pulang menyantuni isterinya, wanita kesayangan pemilik nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar, 34,iaitu Nur Atiqah My Yusoff, 30, menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham meninggal dunia pada 3 Disember 2024.
BERITA TRENDING: Cikgu Din Reda Pemergian Isteri, Setia Bersama Hingga Akhir Hayat – “Wajahnya Sangat Tenang Dan Bercahaya”
BERITA TRENDING: Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia, Reaksi Netizen Bercampur Baur Kenang Kisah Permohonan Pertukaran Penempatan Ditolak… Ulang Alik Sarawak-Kota Bharu
Must-Watch Video