#GempakVideoNews : Ezzanie Jasny Hilang Sabar! Akaun Palsu Main Isu Agama & Dakwa Dirinya Bukan Islam - “Jangan Sampai…”
Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan rasa kesal apabila ada sebuah akaun palsu di media sosial yang cuba memainkan isu sensitif berkaitan agama dengan menggunakan identitinya.
Menurut Ezzanie, dia pada awalnya memilih untuk tidak ambil peduli terhadap kewujudan akaun tersebut kerana menyangka kandungannya tidak mendapat perhatian ramai.