Masih dalam suasana hari raya Aidiladha, ramai selebriti berkongsi pengalaman beraya dan memberi ucapan raya menerusi media sosial termasuk aktres popular Hollywood, Lindsay Lohan.
Dalam satu status di akaun Instagramnya, @lindsaylohan, dia memuat naik satu foto wanita berhijab dengan ucapan 'Eid Adha Mubarak'.
Mungkin ia dianggap perkara biasa ucapan daripada seorang selebriti tapi ia juga menunjukkan betapa pelakon wanita itu yang pernah ketagih arak dan dadah menghormati umat Islam yang menyambut Aidiladha.
Ramai netizen memberikan komen pada status selebriti yang popular dengan filem Mean Girls itu.
"Hanya mahu mengucapkan terima kasih dan senyum, kita semua manusia... terima kasih," kata @maysa.yolmeh.
Begitu juga, netizen dikenali sebagai @parshiolux juga menyatakan Lindsay menunjukkan perasaan hormat terhadap Islam meskipun dia bukan Muslim.
"Apabila dia berkata dia bukan Muslim, dia hanya menunjukkan rasa hormat seperti bagaiaman kami melakukannya pada bukan Muslim. Hormat... tiada siapa yang dipaksa untuk menjadi Muslim," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @lindsaylohan
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita