Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuat naik video menunjukkan aksi Siti Aafiyah menghisap ibu jari kaki dan ia ternyata menarik perhatian peminatnya.

??‍♀️

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Rata-rata pengikutnya memberitahu Aafiyah seakan memberikan petanda kepada Siti untuk melahirkan seorang bayi lagi.

"@aleeshahnadrahh: Orang tua cakap kalau baby hisap ibu jari kaki nak adik lagi hehehe."

"@daksitihajar: Aafiyah nak adik ye..Buat teman..Asyik ayah dan ibu je teman..Aafiyah pun nak ada geng juga kan hehe."

"@razby59: Baby boy pulak bagi kat Siti Aafiyah yes nak dapat adik boy."

"@mak_ani_hj_dawi: Adoii nak minta adik baru kalau budak suka hisap jari ibu kaki."

"@cahayaasyiqi: Nak adik lagi ni kan..Isap ibu jari kaki kanan adik lelaki."

Namun ada sesetengah netizen yang berpendapat kelakuan bayi yang menghisap ibu jari kaki merupakan perkembangan normal untuk setiap bayi.

"@si_auraungu: Mitos je pasal nak dapat adik, semua itu proses tumbesaran bayi, boleh google faktanya."

"@shelyfaaza: Itu hanya mitos orang lama. Kalau ikut kajian baby yang suka hisap ibu jari kaki sebenarnya otak sedang berfungsi dengan amat baik dan dia akan menjadi lebih bijak."