Pelakon Datin Niena Baharun menimang cahaya mata keduanya selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 27, anak keduanya itu berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan anak sulung lelakinya.

"Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama dan doktor yang sama Dr. Seri.

"‘Our little girl is born, 24.10.2020’

"Terima kasih untuk segala doa dan ucapan daripada anda semua," katanya.

Berita gembira itu dikongsikan Niena menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.

Dalam hantaran tersebut, Niena turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya di dewan bersalin bersama suami, dan anaknya.

Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama & Dr. yang sama Dr. @_s__e__r__i_ ? . ‘Our little girl is born, 24.10.2020’ Thank you for the duas & wishes from all of you ??

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on


Niena mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini genap usia dua tahun semalam.



Kredit foto: Instagram Niena Baharun