Jika anda merupakan bayi 80an dan 90an, pasti program #TomTomBak bukan sesuatu yang asing.

Malah, anda kini mungkin sudah bergelar ibu dan bapa kepada anak-anak yang comel iaitu generasi baru menonton #TomTomBak!

Ya, anda tak salah baca…Memang #TomTomBak akan kembali menemui anak-anak semua bermula 6 September ini di Astro Ceria, saluran 611.

Masih mengekalkan Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara, dan kami beri lima sebab mengapa anda perlu tonton Tom Tom Bak musim terbaru.

1. Program legend! Terbaik di Astro Ceria

Tom Tom Bak sudah layak dilabel sebagai program ‘legend’ di Astro tau. Kenapa ‘legend’? Sebab banyak kejayaan dan sejarah ditempa program ini termasuk menembusi pasaran Indonesia.

2. Akan tampilkan ‘alumni’ Tom Tom Bak

Anda pasti nak lihat ‘alumni’ yang dilahirkan Tom Tom Bak seperti Elfira Loy, Sweet Qismina, Wafiy dan ramai lagi ketika zaman kanak-kanak mereka kan? Haa…Tunggu!

3. Ada segmen baru

Dua segmen utama iaitu Ada Bakat dan Jom Borak dikekalkan. Tetapi ada satu segmen terbaru diperkenalkan iaitu Ada Berani. Menerusi segmen Ada Berani si cilik akan mencabar Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil beraksi sama seperti mereka.

4. Nak tengok gelagat Pak Nil menyakat budak-budak

Pak Nil di pentas Tom Tom Bak memang tak sah kalau tak menyakat. Yang ‘bestnya’ Pak Nil ni sabar ja melayan kerenah anak-anak kan? Dari musim awal (10 tahun lepas), sampailah yang terbaru...tahap kesabaran Pak Nil tetap ‘maintain’!

5. Walaupun hanya 7 episod, tetapi korang mesti takkan lupa. Sekaligus mengembalikan nostalgia (ini ‘point’ untuk ibu bapa)

Percayalah, semasa menonton Tom Tom Bak nanti, anda pasti berbisik dengan anak-anak “nak masuk Tom Tom Bak?” “nak jumpa Pak Nil”…Ya, suatu ketika dulu ibu bapa anda juga pernah bertanyakan perkara sama kepada anda kan?

Okaylah, jangan lupa menonton #TomTomBak edisi terbaru setiap Jumaat , 8.30 malam di Astro Ceria. Anda juga boleh menonton di On Demand dan strim di Astro Go.

Rugi kalau terlepas satu episod sebab bakat anak-anak dalam #TomTomBak ini memang tak dijangka! Maklumlah zaman berubah, generasi sekarang dah tak sama macam kita dulu-dulu!

Penantian 10 tahun anda, pasti berbaloi!