Pengarah filem Matthew Vaughn menegaskan filem ‘Kingsman 3’ yang seterusnya akan menamatkan hubungan epik diantara Taron “Eggsy” Egerton dan mentornya Colin “Harry” Firth.

Dua penyiasat British dengan penuh gimik dan aksi sebelum ini terselamat dalam dua misi penyiasatan menerusi filem ‘Kingsman: The Golden Circle’ pada tahun 2017 dan ‘Kingsmen: The Secret Service’ pada tahun 2014.



Memetik kenyataan Vaughn menerusi Digital Spy, dia mahu menghabiskan hubungan Eggsy dan Harry.

"Babak terakhir ini sudah tersedia dan kami menyasarkan untuk memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun depan," jelasnya lagi.

Tapi sebelum ‘Kingsman 3’ memulakan produksi, ada sebuah lagi filem prekual ‘Kingsman: The Great Game’ akan menemui peminat pada 14 Februari 2020.

Filem tersebut turut dibintangi Harris Dickinson dan Liam Neeson.



Prekuel ‘The Great Game’ akan membawa anda meneroka asal-usul agensi penyiasatan itu pada awal tahun 1900-an hingga peristiwa perang dunia pertama.

Tarikh rasmi bagi tayangan ‘Kingsman 3’ masih menjadi tanda tanya.

Tapi sebelum anda menonton ‘Kingsman 3’, pastikan anda menonton prekuel ‘Kingsman:The Great Game’ terlebih dahulu untuk menamatkan legasi penyiasatan Kingsman.