Pelakon dan penerbit Datuk A Aida mendedahkan mengalami kehilangan ratusan ribu ringgit akibat kes kecurian.
Menurut A Aida. dia telah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut pada Jumaat, 21 Jun lalu.
“Tak nak komen banyak tapi memang betul, saya dah buat report polis. Sekarang ini dalam penyiasatan.
“Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan.
“No comment, biar pihak polis yang jalankan kerja mereka dan laporan dilakukan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang,” jelasnya.
A Aida ditemui pada majlis rumah terbuka A Aida Productions bertempat di Wisma Rampai, Setapak sebentar tadi.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes berkenaan sama ada melibatkan bekas suaminya, pelakon Arif Aziz, A Aida enggan memberikan sebarang komen.
“Saya mula sedar mengenai perkara itu ketika pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu.
“Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 dan transaksi wang dilakukan sebanyak dua kali.
“Saya tak mahu komen banyak dan saya serahkan segalanya kepada polis,” jelasnya
A Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas penyanyi kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 dan bercerai pada 2003.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Wan Az Aleesa, 21, dan Wan Azevanatassha, 16.
A Aida kemudian berkahwin dengan pegawai polis, Suffian Sulaiman pada 2007, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2013.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 9.
Sebelum berkahwin dengan Suffian, Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis.
Syafiqah Jalal
Wed Jun 26 2019
Fuad Rahman Nafi Back Up Aliff Aziz - “Bab Skandal Aku Tak Masuk Campur”
Penyanyi, Fuad Rahman, meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan artis kurang senang melihat Aliff Aziz meneruskan kerjaya seni disebabkan kontroversi yang menimpanya.
Anna Jobling Masuk Kelas Belajar Bahasa Indonesia, Sedia Ulang Alik KL-Jakarta!
Anna kini ulang alik dari Malaysia ke Jakarta.
Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’ Dari Industri Seni - “Saya Masih Ada Cuma…”
Sarimah kongsi perjalanan karier seninya.
"Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil berkongsi pandangan tentang isu rumah tangga yang sedang tular ketika ini.
Sheriff: Raih RM55 Juta, Cipta Fenomena Tersendiri Jadi Filem Nombor 1 Malaysia 2024
Memang terbaik!
“Sibuk Nak Tanya Siapa Curang, Siapa Apa, Laki Bini Sendiri Terabai” - Diana Danielle
Diana bersuara di laman sosial.
Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi. Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bis
Rakyat Malaysia Nak Belajar Di Australia Perlu Tunjuk Bukti Ada Wang Simpanan RM93,000
Ini syarat untuk belajar di Australia.
Selepas 14 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Raja Azura Kahwin Semula?
Selepas hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal, pengacara dan pelakon, Raja Azura dilaporkan mengahwini lelaki pilihannya dipercayai berlangsung semalam.
Wanita Mengaku Salah Menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.