Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memandang serius penularan video dan artikel berkaitan kenyataan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) berkenaan kebenaran aktiviti penggambaran di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri akui terkejut dengan kenyataan dikeluarkan Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London tentang perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“FINAS telah merujuk kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan pengesahan berhubung kenyataan tersebut.
“Kami dimaklumkan bahawa tiada perbincangan antara pihak MKN bersama FDAM sepertimana yang dinyatakan dalam video dan artikel tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, FINAS menegaskan bahawa semua aktiviti penggambaran adalah tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP.
Manakala di kawasan yang dikuatkuasakan PKP-Bersyarat dan PKP-Pemulihan pula aktiviti penggambaran boleh diteruskan seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan dan SOP yang digariskan oleh pihak MKN buat masa ini.
“Untuk makluman, FINAS sedang dalam perbincangan bersama pihak MKN untuk memohon kelonggaran SOP penggambaran bagi sektor industri kreatif dalam usaha memastikan ekonomi industri kreatif tidak terjejas.
“FINAS juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan serta tidak memutarbelitkan fakta yang boleh mengelirukan penggiat industri kreatif.
“FINAS akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui medium hebahan media dan laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my serta media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia,” katanya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat FINAS di talian 03-7968 2182 atau emel ke [email protected]
Terdahulu, Mat London mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar mengenai kebenaran kepada syarikat produksi untuk membuat penggambaran di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mat London dalam kenyataannya kepada akhbar tersebut berkata, penggambaran di negeri-negeri terlibat PKP boleh dilakukan tetapi hanya di lokasi tertutup.
Mat London turut mendakwa, pihaknya sudah mendapat pencerahan daripada MKN berhubung perkara tersebut.
"Penggambaran di kawasan PKP memang tidak dibenarkan, tetapi dibolehkan dengan bersyarat iaitu melakukannya di kawasan tertutup seperti dalam studio, dalam rumah dan tempat tertutup yang lain.
"Syarikat produksi juga boleh membuat penggambaran di kawasan-kawasan yang bukan PKP dan merentas negeri dengan syarat mesti mempunyai dokumen-dokumen seperti Surat Perakuan Penggambaran (SPP), surat pengesahan kesihatan, surat daripada penerbit menyatakan artis membuat penggambaran, surat pergi balik dua-hala berserta butiran tarikh penggambaran. Satu surat hanya untuk nama seorang sahaja,” katanya.
Fiza Kamarudin
Thu Jan 14 2021


COVID-19: Calitan Di Dubur Didakwa Lebih Tepat
Virus berkenaan bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.

"Sebab Tu Saya Ada Bertanya Semua Sekolah Macam Ni Ke?" - Kenyataan Disalah Anggap, Sweet Qismina Minta Maaf Pada Cikgu
Dalam keadaan sekarang ni, ramai orang cepat terasa!

Karl Shafek Terpaksa Buat Ujian Darah Setiap Bulan - "Hari-Hari Telan Ubat Untuk Kawal Radang"
Shafek perlu menjalani rutin ke hospital setiap bulan

MAK Cakap… Kalau Laki Bini Gaduh, Jangan Campur. Esok Lusa Berbaik, Kita Pula Dikata BUSY BODY!
Apabila emosi menguasai diri, memang semua perkara nak diluah di media sosial, sehinggakan hal dalam kelambu pun jadi tayangan. Kalau lepas iu boleh ‘move on’ tak apa.
.jpg?ext=.jpg)
Azzam Sham, Peluang Kedua & MK KClique Antara Pemenang EDMA 2020
Tahniah kepada semua pemenang!

Atu dan Rykarl Bergaduh Sebab Nak Tahu Siapa Lagi Pandai | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ishh ishh, diorang berdua ni pantang jumpa. Mesti ada je topik nak gaduh, Dah macam anjing dan kucing dah diorang ni.

Sherry Pening, Isha dan Riena Geram dan Syafiq Terciduk | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Hahahaha kelakar laa diorang ni main game ni. Sampai tersasul sasul haa nak cepat punya pasal hahaha. Korang tunggu apa lagi? Jom layan. Confirm pecah beb!

Puan Suhana Taknak Bermadu In Real Life | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ye laa siapa je kan nak hidup bermadu. So jom dengar penjelasan penuh Puan Suhana tentang hidup bermadu.
![[VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - Apa Pun Saya Sanggup [VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - Apa Pun Saya Sanggup](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/befunky-collageshuk.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - "Apa Pun Saya Sanggup"
Setiap orang malakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..

Lenggang - Syafiq Naser ft. Le' Lagoo Band | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ni haa Lenggang versi duduk rumah. Ni kalau duduk rumah pun dah best, apatah lagi nyanyi Live dengan Le'Lagoo Band dekat studio. Mesti lagi powerr!