Beremosi juga tulisan Alyah untuk para peminat yang sentiasa menyokongnya. Dalam satu entri di Instagram, Alyah meluahkan perasaan beliau.

“Walaupun hari ni kau sangat minat dengan aku dan mungkin esok kau berubah hati ke insan lain, sesungguhnya aku tak pernah marah atau berkecil hati. Kehadiran kau mungkin walau seketika tapi amat bermakna buat aku.

“Betapa aku amat menghargai kau. Air mata inilah sebagai bukti. Setiap kali kau datang membelikan hadiah sedangkan berkali-kali aku marah kerana aku tak mahu susahkan kau, tapi kau tetap juga berdegil dan berusaha demi mencari perhatian aku.

Tulis Alyah kepada peminat-peminatnya, walaupun dia hanya insan biasa tetapi mereka tidak pernah mempertikaikan kelemahan yang dia ada.

Dear fans Wlupun hari ni kau sgt minat dgn aku dan mungkin esok kau berubah hati ke insan yg lain.Sesungguhnya aku tak pernah marah atau berkecil hati.Kehadiran kau mungkin wlu seketika tapi itu amat bermakna buat aku. Betapa aku amat menghargai kau.Air mata inilah sebagai bukti.Setiap kali kau dtg membelikan hadiah sedangkan berkali kali aku marah kerna aku tak mahu susahkan kau.Tapi kau tetap jg berdegil dan berusaha demi mencari perhatian aku. Dear fans Aku hanya insan biasa tapi kau tak pernah mempertikaikan kelemahan aku. Hampir 19tahun aku berjalan dlm bidang seni dan aku fikir aku hanya berjalan sendiri.Tapi aku tak duga Allah swt kirimkan aku malikat malaikat ikhlas yg mencintai aku,menyayangi aku,Menerima buruk baikku. Dear fans Tak selamanya aku akan berada dipentas. Hanya 1 yg aku pinta utk kau ingat.Aku sygkan kau sedalamnya.Kerana kau aku masih bernafas didalam industri ini... Dan selagi diberi nafas jgn pernah mengalah... @alyah4ever @alyah4ever @alyah4ever

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on


“Hampir 19 tahun aku berjalan dalam bidang seni dan aku fikir aku hanya berjalan sendiri. Tapi tak duga Allah swt kirimkan aku ‘malaikat-malaikat’ ikhlas yang mencintai aku, menyayangi aku, menerima buruk baikku.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ ini turut meminta peminat-peminatnya tahu bahawa dia sayangkan mereka.

“Tak selamanya aku akan berada di pentas. Hanya satu yang aku pinta untuk kau ingat. Aku sayangkan kau sedalamnya. Kerana kau aku masih bernafas di dalam industri ini.