Baru-baru ini, penerbit dan pengarah Michael Ang mengejutkan ramai pihak apabila meluahkan keinginannya untuk berniaga sama seperti rakan-rakan artis lain.

Justeru, menerusi satu posting di Instagram Michael cuba mengambil tempahan makanan kaya yang dibuat sendiri olehnya.

Namun, harga yang dikenakan mungkin agak cekik darah apabila kaya tersebut mahu dijual pada harga RM39.50 sebotol.

"Kita nak bukak pra tempahan untuk Homemade Kaya Made by Michael Ang! Gitewwwww! Harga Kayangan RM39.50. Memandangkan tak boleh shoot dan duit berkurangan jadi kena juga ikut jejak @nabilzira @uqashasenrose2 berniaga!," tulisnya dalam satu posting.

Salam semua. Kita nak bukak pre order untuk HOMEMADE KAYA MADE BY MICHAEL ANG! Gitewwwww! Harga Kayangan RM 39.50 . Memandangkan tak boleh shoot n duit berkurangan so kena jugak ikut jejak @nabilzira @uqashasenrose2 berniaga! Kalau nak Sila Whatsapp 019 8120097 . Support ok jangan tak support! Luv u all n stay safe!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Namun, selepas sehari dibuka kepada umum untuk tempahan, Michael terkejut apabila menerima respons yang cukup menggalakkan biarpun dia cuba mengenakan harga tidak masuk akal.

"Saya sangkakan yang akan tempah 10 ke 20 orang, rupa-rupanya berlambak-lambak. Tak sangka banyak sanggup dan sudi beli.

"Kita sanggup buat 50 sahaja dan 50 punya WhatsApp saya dah balas. Saya akan tunaikan dan yang 500 lebih lagi WhatsApp saya, saya mohon maaf ya.

"Dan 50 orang yang saya balas tu anda hanya perlu bayar penghantaran sahaja. RM39.50 itu, tak payah bayar ya. Terima kasih kepada yang sokong kita. Sumpah tak sangaka banyak ni sanggup beli," katanya.

Salam semua. Tq banyak2 pada yg sudi order KAYA KAYANGAN dari kita. Tak sangka banyak sanggup n sudi beli. Kita sanggup buat 50 aje n 50.punya whatsapp i dah balas i akan tunaikan dan yg 500 lebih lagi whatsapp i am.so sorry ya. Dan yg 50 i balas tu u all.kena bayar delivery aje. RM39.50 tu tak payah bayar ya. Tq so much kepada yg support kita. Sumpah tak sangka banyak ni sanggup beli. Luv u so.much much u all la followers paling rock!!!! Luv u all again n stay safe.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Disebabkan itu, ramai pengikutnya yang terkejut dengan apa yang cuba dilakukan Michael itu apabila tidak mengenakan sebarang bayaran.

Rata-rata menyifatkan pengarah yang mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di Instagram itu seolah-olah hanya mahu menguji pengikutnya sahaja.

"Tak tahu nak gelak ke nak sedih. Plot twist sungguh. Memang padanlah jadi pengarah drama.

"Mike prank je kaya kayangan, semalam tengok posting pun tau macam sengaja letak mahal-mahal, rupanya nak sedekah, tabik anda Mike.

"Kira sedekahlah tu ya..wah! respectlah!

"Baiknya Mike bayar penghantaran je? Untunglah siapa dapat tu. Bagus Mike, banyak pahala awak di bulan Ramadan ni," tulis sebahagian pengikut di ruangan komen.



Wah! memang bertuah siapa yang dapat merasa air tangan Michael. Rupa-rupanya, dalam diam, Michael sebenarnya mahu melakukan amal kebajikan di bulan mulia ini.

Dalam pada itu saksikan drama arahan Michael Ang di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!