Peserta Suara Viral, Ameem mengakui dirinya tidak pernah membawakan lagu berentak dangdut dalam mana-mana persembahan di atas pentas sebelum ini.

Begitupun, menurut Ameem, dia bakal menyanyikan lagu berentak dangdut buat pertama kali di konsert separuh akhir Suara Viral buat pertama kali kepada umum yang akan bersiaran esok malam.

"Saya tak pernah menyanyikan lagu dangdut di atas pentas sebab saya tahu itu bukan forte saya.

"Saya risau betul bila kena nyanyi lagu berentak dangdut ini. Apatah lagi, pihak produksi suruh saya bergelek pula ketika di atas pentas.

"Saya cakap dengan mereka tak naklah buat macam tu, tapi mereka kata saya kena buat juga. Lagipun saya ni memang pemalu orangnya, saya tak pandai pun nak bergelek," katanya kepada Gempak.

Bertemakan Rock & Dangdut, Ameem memberitahu bahawa tugasan minggu ini merupakan satu cabaran terbesar buatnya.

"Bukan dangdut sahaja, rock pun saya tak pernah bawa sebelum ini sebab tak minat. Saya cukup risau sebab kalau saya tersilap sikit mungkin saya akan tersingkir," katanya.

Ameem bakal membawakan dua buah lagu Wulan nyanyian asal Iwan dan It's My Life (Bon Jovi) pada konsert Separuh Akhir Suara Viral nanti.

Haaaa terus terang saya katakan Rock & Dangdut bukan forte saya dan ini merupakan kali pertama dalam hidup saya menyanyikan lagu berentak rock di atas pentas nyanyian. tapi walau bagaimanapun ini bukan halangan utk saya kekalkan momentum dalam pertandingan ini.. InshaAllah sy buat sehabis baik untuk peringkat separuh akhir ni. kalau nak tengok video rehearsal rock & Dangdung ameem boleh swipe sebelah.. • Dah sampai sini perjalanan mereka. Sekarang masa untuk gelombang separuh akhir! Siapakah artis favourite anda? Jangan lupa terus support mereka sampai penentuan akhir juara Suara Viral! . Saksikan #SuaraViral setiap Rabu, 9.00 malam di Astro Prima atau strim @astrogempak @ameemsv_fc #teamameem #teamabambotak #SVameem di Astro GO! #BarulahON #SuaraViral2020 #astrosoon

A post shared by Ameem.suaraviral (@ameem.suaraviral) on


Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.

Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.