Dengan dua kali lafaz, pelakon Anis Al- Idrus, 29, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35, sebentar tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Anis, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al- Idrus dihadapan imam dan Juru Nikah Masjid Al- I'tisam, TTDI, Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib kira-kira jam 9:40 malam.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al- Idrus dan Rafzan telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di De' Laman Event Space and Wedding, Shah Alam.

Pada majlis tersebut, pihak lelaki telah memberi tiga dulang hantaran berbalas lima beserta mas kahwin berupa satu set barang kemas.

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Dalam pada itu, Anis juga memberitahu dia berasa lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.

"Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan kami terus bersama hingga ke akhir hayat.

"Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis sederhana saya," katanya.

Dengan 2 kali lafaz @anisalidrus sah bergelar isteri kepada Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim. #aimananisinfinitylove #AAinfinitylove

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Teks oleh: Mya Amri