Terkini

“Apa Beza Dengan Bujang, Kami Pun Ada Mak Ayah” - Ada Yang Tak Happy Keputusan Pelajar IPT Balik Kampung?

gempak
Hanafis Haris
29/04/2021
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Apa Beza Dengan Bujang, Kami Pun Ada Mak Ayah” - Ada Yang Tak Happy Keputusan Pelajar IPT Balik Kampung?
Semalam, mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri kecuali negeri Sarawak.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar akan dilaksanakan secara berfasa.

BACA: Pelajar IPT Boleh Balik Kampung Cuti Raya Bermula 7 Mei

Biarpun keputusan itu dilihat seperti satu ‘rahmat’ buat pelajar untuk beraya dengan ibu bapa masing-masing, namun ramai juga yang tidak berpuas hati dengan perlaksanaan tersebut.

Tinjauan Gempak di platform Twitter mendapati orang ramai masih menganggap keputusan itu sebagai berat sebelah.

Alasannya, bukan pelajar sahaja yang mempunyai ibu bapa di kampung.

“Apa beza pelajar dengan individu bujang, kami pun perantauan”

“Bujang dan berkahwin sudah berbulan tak balik raya, apa beza dengan pelajar”

“Aku last balik raya haji tahun lepas weh, mak sakit pun kirim doa je lah. Aku tak beberapa nak setuju la hal ni, ke ok je pelajar balik, entah lah” tulis beberapa netizen.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang mempertahankan keputusan berkenaan memandangkan kebanyakan kafe atau kedai akan tutup pada sambutan Aidilfitri.

Malah, situasi pelajar dengan individu bekerja amat berbeza.

Difahamkan, pergerakan pelajar sempena Aidilfitri ini dianggarkan melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live