Laman Utama
Bapa Nafi Budak 6 Tahun Pandu Kereta Adalah Anaknya - "Ini Dah Fitnah"
Seorang pengguna TikTok tampil menafikan kanak-kanak yang memandu simulator kereta lumba dalam video yang ditularkan di media sosial adalah budak yang sama didakwa memandu dan terlibat kemalangan di Langkawi pada Selasa lalu.
Menerusi hantaran di laman media sosial itu, Izanie QY Runner menjelaskan dalam video berkenaan adalah anaknya dan tiada kaitan dengan kes kemalangan berkenaan.
"Budak ini ke (merujuk kepada video anaknya bermain simulator kereta lumba). Kalau awak cakap budak ini (bermakna) awak dah fitnah
"Video budak ini adalah anak saya," tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.
Lelaki itu dipercayai tampil menjelaskan perkara berkenaan susulan segelintir warganet mengaitkan anak lelakinya dengan kes kemalangan membabitkan kanak-kanak enam tahun yang memandu sehingga terlibat kemalangan.
"Wow ada simulator budak 6 tahun viral pandu kereta bersama adik 4 tahun," tulis seorang netizen dalam video yang tular itu.
Tidak berdiam diri, malah lelaki itu meminta video yang memfitnah anak dan keluarganya dipadamkan atau diturunkan.
Jika tidak dia bakal mengambil tindakan kepada yang menuduh anaknya sebagai kanak-kanak yang terlibat dalam kes budak enam tahun pandu kereta dan kemalangan itu.
"Boleh delete video ini sebelum diambil tindakan," tegasnya.
Sementara itu melihat profil akaun TikTok berkenaan, lelaki itu dipercayai seorang pelumba drift yang aktif dalam bidang permotoran tempatan dan turut mendedahkan anak lelakinya kepada bidang tersebut.
Sebelum ini media melaporkan, dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta jenis Toyota selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada jam 11.15 malam Selasa.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia enam tahun mengalami kecederaan luka di bahagian dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Must-Watch Video