Pelakon Aeril Zafril membawa aktres Wawa Zainal bercuti ke kepulauan Maldives sebelum isterinya melahirkan anak ketiga mereka.

Menerusi laman sosial Instagram, Aeril berkongsi beberapa foto momen romantis mereka berdua di pulau indah itu.

Berlatarbelakangkan air laut biru jernih serta sempat menikmati makan malam romantis berdua, ramai yang menyifatkan hubungan pasangan ini seperti ‘couple goals’.

“Sebelum dia tak boleh fly sebab sarat mengandung, kita bawak dia jalan-jalan dulu.

“Dating jap, sebelum dia berpantang,” tulis Aeril menerusi kapsyen pada dua foto romantis mereka.

Rata-rata netizen memuji tindakan Aeril yang membawa sering melayani kehendak isterinya.

“Bertuah Wawa, dapat suami macam Aeril,” komen seorang netizen.

“Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke jannah,” ujar seorang netizen mendoakan kehamonian rumah tangga mereka.

“Mana nak cari husband macam ni?” Tanya seorang netizen yang mahukan suami romantik seperti Aeril.

“So sweet pasangan ni,” komen seorang netizen lagi.

Dengan kandungan Wawa hampir mencecah empat bulan, pasangan bahagia ini sudah dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.