Gaya Hidup

Berbuka Puasa Dengan Juadah Padang Pasir, Alunan Nasyid

gempak
Syafiqah Jalal
06/06/2017
05:21 MYT
Sponsor Banner
Berbuka Puasa Dengan Juadah Padang Pasir, Alunan Nasyid
Mahu menjamu selera sambil disaji alunan nasyid untuk berbuka puasa Ramadan ini, Rabbani Lamb House adalah tempat yang tepat.
Menghidangkan juadah popular dari padang pasir iaitu Nasi Arab, Rabbani Lamb House turut menyajikan persembahan daripada lima kumpulan nasyid terkenal tanah air.
Lima kumpulan nasyid itu seperti Rabbani, Inteam, Fareast, Nowseeheart dan Munsyid Malaysia.
Setiap kumpulan nasyid ini akan membuat persembahan bermula jam 6 petang, sebelum waktu berbuka puasa.
Namun kelima-lima kumpulan nasyid itu tidak akan membuat persembahan serentak kerana setiap hari tampil dengan kumpulan nasyid berbeza.
Antara hidangan yang disajikan adalah Nasi Arab Berasap iaitu Nasi Arab yang dihidangkan di dalam tembikar yang tertutup dan berasap bila dibuka.
Rabbani Lamb House menawarkan harga pakej berbuka puasa serendah RM120 sahaja untuk 4 orang. Setiap pakej disajikan dengan Nasi Arab Mandi dan Kapsya.
Setiap set dihidangkan bersama buah-buahan serta teh yang boleh diisi semula.
Dengan set itu pula setiap orang layak mendapatkan set kambing golek dengan harga RM15 sahaja berbanding harga asalnya RM25.
Rabbani Lamb Hosue terletak di myfoodloft KL bersebelahan Jakel Mall KL. Untuk tempahan dan makulmat lanjut layari facebook.com/rabbanilambhouse atau hubungi 0135138281.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024