Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.

Zhaf rate The Experts bertaraf hollywood


Menerusi sesi siaran langsung di platform milik Zhaf, pengulas itu menjemput Abang Riak untuk memberikan penjelasan mengenai kenyataannya yang mengatakan The Experts hanya dilabelkan sebagai filem popcorn.

Bagaimanapun sebelum abang riak memberikan ulasannya, Zhaf meluahkan pendapatnya mengenai filem itu.

Kata Zhaf, The Experts merupakan permulaan baik bagi pengkarya filem tempatan yang ingin mencuba genre berbeza di Malaysia.

“Bagi aku cerita ni best, level level hollywood tapi aku perasan satu benda ramai orang marah bila aku bagi rate 4/5 bintang.


“Mereka nak 5/5 infiniti, janganlah begitu. Takkanlah semua filem aku nak bagi penuh. Filem ni ada kelemahan tapi okay untuk kebanyakkan filem-filem tempatan.

“Untuk genre heist filem ini permulaan yang baik dan juga untuk Astro Shaw terokai genre genre lain. Dengan gabungan lima pelakon itu memang bersahaja.

“Production value pun best, contoh masa Syafiq turun dengan tali tu pun nice, nampak macam Mission Impposible. Kita patut berikan kredit pada filem ini. Dan kau, kenapa kau levelkan filem ini popcorn?” ujarnya.


Abang Riak beri penjelasan The Experts level popcorn


Abang Riak bagaimanapun tampil menjelaskan salah faham berkenaan isu berkenaan.

“Aku bagi rating okay tau 7.5. Filem ni kalau baca dekat komen ramai yang tak suka. Aku pelik sebab ada yang bagi 1, bagi 2, bosan sampai tertidur.

“Kes tidur dalam panggung sebab bosan ni bukan kerana cerita tu bosan tapi sebab memang kaki tidur. Jadi kalau yang kata bosan sampai terlena tu tak boleh pakai.


“Kita kena tengok yang bagi rendah, teruk sangat ke filem tu? Aku tengok okay sahaja. Mereka siap kata filem ini biasa, tak ada apa yang hebatlah.

“Aku kalau bagi rating sebagai netizenlah. Biasa kalau filem itu terlampau best memang aku akan bagi terus 8 atau 9.

“Kalau level 9 ni seperti filem Godfather, Brave Heart dan Dangal yang dilakonkan oleh Amir Khan. Itu bagi aku sempurna, nak cari salah filem itu pun tak jumpa.

“Kalau rating 7 ke 8, bagi aku filem itu best. Kalau 6 ke 7 boleh layan dekat panggung. Kalau bawah 6 tak perlu pergi tengok, begitulah kalau mengikut rating aku,” jelasnya.


Heist The Experts seperti hollywood

Dalam pada itu, Abang Riak juga memberikan beberapa sebab kenapa mengagumi The Experts.

“Aku suka The Experts punya tone dan style. Heist yang dipamerkan nampak seperti di hollywood. Kemudian sinematografi pun cantik, angle kamera lawa.

“Sebagai contoh masa Syafiq Kyle turun nak masuk kunci, babak yang menunjukkan efek slow motion itu semuanya cantik.


“Gambar juga bila kita lihat ala-ala filem Korea pun ada. Memang cun dan nampak kemas. Lakonan pun okay. Cuma Aaron Aziz lah, tak puas.

“Itu apa yang saya sukalah. Kalau nak bandingkan dengan Sheriff, The Experts action, Sheriff lebih ada drama sikit.

“Kalau nak bandingkan dengan Sheriff susahlah, itu cerita polis ini cerita heist. Heist ini tak banyak di Malaysia jadi bila buat tu bagi saya okay, not bad,” jelasnya.

ARTIKEL PILIHAN: Zhafvlog Bergaduh Dengan Netizen Gara-Gara Filem The Experts?


Terdahulu, Zhaf dan Abang Riak menarik perhatian netizen gara-gara perdebatan mereka mengenai Tne Experts.

Menerusi akaun X, dapat dilihat Zhaf membidas kenyataan Abang Riak mengenai The Experts.

“Ahhh sembang cakap aku takut. Haritu jumpa tengok citer Amah nak tanah kubur pun nangis teresak lap air mata pakai tshirt. Nampak sangat dah hilang jati diri ‘bekeng’ sebelum ni,

“Mana ada best sangat. Filem popcorn je ni,” tulis Abang Riak.

ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Raih RM10 Juta! Jadi Pilihan Ramai Di Pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Cuit Penonton, Remy Ishak Raih Perhatian Menerusi The Experts!

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

ARTIKEL BERKAITAN: Evolusi Kerjaya Seni Syafiq Kyle, Dari Pegang Watak Kecil & Kini Menjadi Hero Malaya


ARTIKEL BERKAITAN: TheExperts: Ray Dapdap Kongsi Cabaran Berlakon Sebagai Pakar Godam - “Saya Kena Buat Latihan Dalam Masa…”


Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini telah juga menjadi kegemaran penonton dan menerima ulasan positif daripada peminat dan pihak media.

Turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan Hasnul Rahmat, The Experts mengisahkan Farid, Keyrol, Emma, Amer dan Lan yang kembali bersatu kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling berbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.