Ketika di sidang media untuk Anugerah Skrin 2019, dua pelakon hebat Azhan Rani dan Beto Kusyairy begitu teruja dapat bergambar bersama Dato' Rosyam Nor dan Faizal Hussein.
"Aku tak sure dalam gambar ni aku dan sahabat aku Beto Kusyairy ni yang try sebayakan umur kitaorang dengan dua living legend kiri kanan aku ni atau diaorang berdua yang try mudakan diri diorang nampak macam muda lagi pulak dari kitaorang.
"Alhamdulillah ini gambar yang lagi seronok dari pegang award #ask2019. Kalau la ini adalah gambar pc filem atau drama kami bersama tu lagi la kira bonus untuk aku senyum sampai hujung nyawa," tulis Azhan pada satu entri di Instagramnya.
Azhan menyatakan rasa kagum buat dua lagenda hero sepanjang zaman, Dato' Rosyam Nor dan Faizal Hussein yang dianggap sebagai inspirasi untuk dirinya.
Gambar yang sama turut dikongsi oleh Beto di Instagram beliau dengan kepsyen 'Kombinasi impian. Future project?'
Beto juga turut meninggalkan komen tanda teruja di entri bergambar mereka bersama Rosyam dan Faizal.
"Pandai aku berlakon kan? Nampak tenang & terkawal aje. Padahal tengah bintang melanda tuh!" komen Beto pada Azhan.
"@beto_kusyairy nasib ni still photo.. lutut aku tak nampak goyangkan," balas Azhan pula.
Rata-rata peminat dan netizen menganggap keempat-empat mereka di dalam gambar tersebut merupakan hero yang sentiasa dinanti-nantikan penampilannya dalam drama ataupun filem.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di