Kalau jenis orang berada, pastinya tidak banyak masalah untuk menjaga anak-anak yang ramai dengan bantuan pembantu rumah.

Urusan-urusan yang boleh dibuat oleh pembantu rumah seperti membasuh pakaian, mengemas dan mungkin juga memasak boleh mereka lakukan.



Tapi bagaimana kalau mahu bergambar hanya bersama anak-anak kecil pada hari raya? Mungkin anda tidak mahu pembantu rumah ada bersama di dalam gambar, kan. Atau memang tidak ada pembantu rumah. Pelakon dan juga penerbit Zizie Izette ada cara tersendiri tahun ini.


Gambar Hari Raya pada tahun lalu.

"Alhamdulillah, tahun ni dapat bergambar elok sikit dari tahun lalu.

"Nak tips? Mudah je. Swipe gambar paling last sekali. Boleh cuba. In shaa allah menjadi," tulis Zizie pada entri bergambar bersama anak-anak kecilnya itu.


Cara mendapatkan gambar yang lebih baik.

Selain mengucapkan selamat hari raya, semua yang meninggalkan komen terhibur dengan gambar terakhir yang dikongsi Zizie Izette.



Zizie Izette berkahwin dengan Datuk Sri Bung Mokhtar dan mempunyai lima orang cahaya mata.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga. ?? . . Alhamdulillah, tahun ni dpt bergambar elok sikit dari tahun lalu. Nak tips? Mudah je. Swipe gambar paling last sekali. Boleh cuba. In shaa allah menjadi. ??

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on