Hiburan

“Bila Anak Saya Buat Hal, Mereka Sergah..” - Hunny Madu Kecewa Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme

gempak
Umirah Halim
03/10/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Bila Anak Saya Buat Hal, Mereka Sergah..” - Hunny Madu Kecewa Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme
Penyanyi dan pengacara, Hunny Madu meluahkan rasa terkilan dengan bentuk layanan segelintir masyarakat Jepun terhadap anaknya yang juga pengidap autistik, Adam Musa sewaktu bercuti di negara berkenaan.

Kecewa disergah

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, akui kecewa disergah apabila kelakuan anaknya mendatangkan kemarahan kepada masyarakat Jepun.
“Saya baru balik bercuti daripada Jepun dan penerimaan mereka terhadap anak autism ini sangat rendah. Saya sangat kecewa kerana saya melihat Jepun sebagai sebuah negara yang maju.
“Bila saya beritahu kepada pengurus atau pelayan restoran bahawa anak saya autistik, mereka minta anak saya diam dan jaga perangai.
“Bila anak saya buat hal, mereka akan sergah,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media program terbaharu, Borak SeeNI yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Astro Perkenal Program Bual Bicara ‘Borak SeeNI’

BERITA TRENDING: Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

BERITA TRENDING: Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

BERITA TRENDING: PAPUH Nafi Dakwaan Terlibat Kartel Pakej Umrah

Selain itu, ibu tiga anak itu turut memaklumkan hal yang sama turut berlaku sewaktu dia sekeluarga melawat dua taman tema popular di Jepun.
“Saya agak stres bila pergi ke dua taman tema popular mereka. Negara yang lebih maju masih tidak terbuka tentang anak autism. Saya agak sedih.
“Mereka mahu kita jaga perangai dan ikut tingkah laku mereka di sana. Baru kita diterima.
“Andai kata jika ada kanak-kanak normal yang suka menjerit, mereka akan marahkan ibu bapa dan kata kita tak tahu nak kawal anak,” ujarnya lagi.
Tambah Hani lagi, dia turut merasakan penerimaan rakyat Malaysia terhadap anak autism jauh lebih baik berbanding negara tersebut.
“Dua minggu berada di sana, saya sudah rindukan Malaysia. Penerimaan mereka tidak sama seperti mana di kita.

“Orang kita lagi memahami. Bila saya pergi ke mana-mana restoran, mereka tak kisah pun mengenai keadaan anak saya.

“Jika anak saya tantrum, pekerja restoran akan turut bantu tenangkan,” kongsinya lagi.
Menerusi perkembangan lain, Hunny telah pun diperkenalkan sebagai salah seorang hos bagi program buat bicara terbaharu, Borak SeeNI.
Selain mengulas isu semasa, program bual bicara ini juga bakal memberi peluang kepada warga SME untuk promosikan produk.
Selain Hunny, Borak Seeni turut menampilkan barisan pengacara seperti Erra Fazira, Nana Mahazan, Dahlia Syazwan, Faizal Ismail, Haziq Hussni dan Keanu Azman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024