Hiburan
Bilik Dipenuhi Asap & Cubaan Bunuh Diri, Goo Hara Sempat Diselamatkan Pengurus
Bekas anggota kumpulan Kara, Goo Hara mengejutkan industri hiburan Korea selepas membuat percubaan membunuh diri.
Percubaan bunuh diri itu dilakukan dalam sebuah bilik yang terletak ditingkat dua rumahnya bertempat di kawasan kejiranan Cheongdam, Seoul, semalam.
Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, Hara telah memuat naik posting di akaun Instagramnya dengan ayat ‘selamat tinggal’.
Posting tersebut membuatkan pengurusnya berasa risau dan ragu-ragu dengan keadaan serta keselamatan Hara.
Pengurus kemudiannya menghubungi Hara namun tidak berjawab dan terus bergegas ke rumah penyanyi berkenaan.
Bagaimanapun, Hara kemudiannya ditemui tidak sedarkan diri oleh pengurusnya dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan asap.
Tindakan pantas pengurus yang menghubungi talian kecemasan berjaya menyelamatkannya dan Hara digegaskan ke hospital.
Dalam pada itu, menerusi laporan Yonhap News, Hara masih lagi tidak sedarkan diri namun pernafasannya sudah kembali normal.
Terdahulu, Goo Hara sebelum ini mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki sehingga memberikan kesan kepada dirinya sejak tahun lalu.
Hara dan teman lelakinya juga pernah bertengkar dan memukul antara satu sama lain sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan yang agak teruk.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video