Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, pemain JDT itu terkejut dan tidak menyangka menjadi mangsa serangan terbaharu.

"Tak sangka saya pula kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga," tulisnya.

Penyerang tunjuk senjata

Dalam perkongsian tersebut, Safiq serta merta membuat laporan polis dimana dalam laporan tersebut menyatakan ada dua individu yang menaiki motosikal datang ke arahnya dan kemudian memecahkan cermin bahagian belakang dengan sebuah tukul.

Malah, si penyerang sempat menunjukkan senjata yang digunakan ke arah Safiq Rahim sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

PILIHAN PEMBACA: Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun


Insiden ini berlaku tiga hari selepas pemain sayap negara, Faisal Halim disimbah asid dan seorang lagi pemain, Akhyar Rashid yang disamun di kawasan kediamannya lebih kurang seminggu lalu.

BERITA TRENDING: Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera

Sumber: IG Safiq Rahim
Foto: Carian Google/ IG Safiq Rahim