Sebanyak 3,510 kes positif Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Jumlah itu menunjukkan menurun sebanyak sembilan kes saja berbanding 3,519 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,731,713 kes.

Daripada 3,510 kes yang direkodkan hari ini dilaporkan:

"Maklumat terperinci dimuatnaik ke laman Covidnow: https://covidnow.moh.gov.my setiap hari.

"Data setiap hari bagi laman Covidnow adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Foto: NSTP