Negara mencatatkan 3,997 kes COVID-19 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan pertambahan angka baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,754,513.

Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW

Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 36 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 31,428 kes.

Pada 30 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,997 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,754,513 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

AWANI