Kes COVID-19 di Malaysia hari ini kembali mencatatkan jumlah empat angka iaitu sebanyak 1304 kes.

Jumlah berkenaan bertambah agak banyak jika dibandingkan jumlah dicatatkan semalam iaitu sekitar 919 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes tertinggi dicatatkan adalah di Lembah Klang (567), Sabah (556), Negeri Sembilan (83) dan Pulau Pinang (42).

“Pesakit sembuh pula sebanyak 900 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,969,” katanya.

Menurut Noor Hisham lagi, pada sama Malaysia hari ini juga mencatatkan satu kematian kes COVID-19.

“Dengan duka citanya hari ini terdapat pertambahan satu kematian.

“Justeru jumlah kes kematian hingga kini adalah 304. Kementerian mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Selain itu terdapat empat kluster baharu (Sabah) manakala tiga kuster tamat,” katanya pada sidang media harian sebentar tadi.