Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia menyaksikan peningkatan mendadak apabila mencatatkan sebanyak 8,868 hari ini.

Jumlah itu dilihat agak ketara berbanding semalam iaitu 7,097 kes direkodkan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan pula sudah mencecah 808,658 kes.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 4,152 kes.

Bilangan itu kemudian diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,133 dan Negeri Sembilan 897.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!