Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 1,647 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara pada hari ini.

Daripada angka tersebut, 1,642 merupakan kes tempatan manakala lima kes import.

Pada hari ini juga, sebanyak sembilan kematian lagi dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,200 kes kematian direkodkan.

Bagaimanapun, sebanyak 2,104 orang pesakit berjaya sembuh dan dibenarkan pulang.

Begitupun, sebanyak 17,544 kes lagi yang masih aktif dengan 147 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 61 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kini, Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 319, 364 kes setakat 11 Mac 2021.