Selepas hampir sebulan mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas, usaha yang dilakukan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 mula menampakkan hasil positif.
Memetik laporan Bernama, semalam Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes positif harian mula menurun kepada dua angka, iaitu 85 kes semalam berbanding tiga angka pada hari sebelumnya.
Ia merupakan satu tanda menunjukkan strategi yang disusun atur untuk menggempur virus itu dengan melakukan PKP sebelum ini adalah tepat.
Malah, jumlah kes pulih harian adalah 169 kes semalam, dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan Selasa lepas.
Namun, masih terlalu awal untuk rakyat Malaysia menarik nafas lega dengan fakta-fakta itu kerana selagi lengkung penyebaran virus belum dapat diratakan, selagi masih ada kes kematian direkodkan dan selagi negara masih belum bebas sepenuhnya dari COVID-19, kemenangan belum dicapai dalam pertempuran menentang virus pembunuh itu.
Memetik kata-kata Dr Noor Hisham, tempoh PKP fasa tiga yang masuk hari kedua hari ini, merupakan tempoh kritikal dalam menentukan kejayaan menghapuskan wabak COVID-19.
Hasilnya bukan hanya ditentukan dengan jumlah pakar dan kemudahan kesihatan yang ada di negara ini, malah ditentukan juga dengan tahap kepatuhan masyarakat terhadap PKP.
Ketidakpatuhan terhadap arahan itu hanya menyebabkan usaha keras yang dilakukan selama ini oleh petugas barisan hadapan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) untuk memerangi wabak itu hanya menjadi sia-sia.
PDRM melaporkan sepanjang PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sehingga Selasa lepas, sebanyak 14,922 individu ditahan kerana ingkar dengan arahan itu.
Lantaran sikap segelintir mereka yang ingkar ini juga menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengenakan tindakan tegas dengan mendakwa mereka ke mahkamah setelah tindakan kompaun sebanyak RM1,000 sebelum ini dipandang enteng golongan yang degil ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyatakan ada tempat khas menanti pesalah ini apabila kerajaan akan mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan mereka.
Walaupun tempat tahanan itu akademi, tiada makanan mewah yang akan disediakan, peraturan dan undang-undangnya adalah sama dengan penjara biasa, bersedialah untuk menghadapinya jika terus ingkar untuk patuh kepada PKP.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: Bernama
Zulaikha Yusof
Thu Apr 16 2020
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”
Ben Amir nak jadi pelakon filem aksi!
“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Suka tengok Ameena & Azura.
Upload IG Story Makan Aiskrim, Jenama Coklat Ini Dikritik Kerana Dianggap Bekerjasama Dengan Ruhainies?
Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.
Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.
“She’s A Good Person” - Amir Ahnaf Akui Kenal Sarah Yasmine Menerusi Anna Jobling
Nama kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine seakan-akan tidak lekang daripada disebut dalam industri hiburan tanah air ketika ini. Membongkarkan skandal satu per satu selebriti-selebriti yang pernah bersamanya, Sarah Yasmine seolah-olah mengenali ramai artis di negara ini. Pernah bertemu wanita tersebut, pelakon Amir
Berkenduri Selak Kain Artis Malaysia, Erma Fatima Mohon Sarah Yasmine Berhenti! - "Berambus Dari Malaysia"
Penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima menggesa wanita kelahiran Singapura yang mendakwa sebagai kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine segera berhenti daripada terus melondehkan kisah artis Malaysia.
Rancak Guna L U S M Di Instagram, Netizen Kecam Ruhainies Adik-Beradik: “Ini Yang Korang Nak Percaya Permohonan Maaf...”
Selain itu, Ruhainies turut rancak melayan peminat di Instagram Story dengan menggunakan ringkasan-ringkasan sama.