Kes COVID-19 di Malaysia hari ini masih mencatatkan jumlah empat angka iaitu sebanyak 1,114 kes.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, jumlah tersebut menjadikan kes keseluruhan positif adalah 46,209.

Menurut kenyataan tersebut kes tertinggi dicatatkan adalah di Sabah iaitu sebanyak 391 kes.

“Negeri sembilan (371), Selangor (200), Perak (53), Pulau Pinang (34), Johor (15), Kuala Lumpur (13), Kedah (10), Labuan (8), Melaka (6), Kelantan (5), Putrajaya (4), Sarawak (4).

“Pesakit sembuh pula sebanyak 803 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 33,772,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu Malaysia juga hari ini mencatatkan dua kematian kes COVID-19.

“Dengan duka citanya hari ini terdapat pertambahan dua kematian.

“Justeru jumlah kes kematian hingga kini adalah 306. Kementerian mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” katanya kenyataan itu lagi.

Anda boleh lihat pecahan kes tersebut di bawah.

Untuk makluman, sidang media hari ini tidak berlangsung dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebaliknya hanya diumumkan oleh petugas KKM dan juga menerusi kenyataan rasmi.