Selepas memuat naik foto meraikan ulang tahun kelahiran anak saudaranya, pelakon Fasha Sandha menerima pesanan positif daripada para pengikut di Instagram (IG).

Fasha yang baru melahirkan anak pada 7 Ogos lalu sepatutnya masih dalam tempoh berpantang dan baru 16 hari menjalaninya ketika foto tersebut dimuat naik sehari lalu.

Pada ruangan komen rata-rata pengikut meninggalkan pesanan positif kepada Fasha supaya menjaga diri dan kesihatan, tambahan lagi pandemik Covid-19 belum berakhir.

“Its ok Mummy boleh jer keluar…I ada anak lima dah pun, yang penting kita pakai bengkung kat dalam tu lengkap semua, pakai stokin siap bubuk minyak panas siap-siap. Pergi hospital cek anak pun dalam pantang jugakkan?

"Dulu ramai yang meroyan tegur saya keluar dalam pantang, yang penting kita jaga kita. Orang tak tau kita kuat jaga pantang macam mana…Tahniah Fasha, baby sangat comel tau! Kena tambah lagi lagi, rugi tak tambah,” tulis seorang pengikut di IG.

Walaupun ramai yang menyokong, ada juga pengikut bimbangkan kesihatan pelakon cantik tersebut.

“Jaga diri Fasha, jangan kerap keluar lagi-lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) ni, antibodi masih belum kuat tu,” kata seorang lagi.

Dalam pada itu, ada pengikut yang berpendapat Fasha terlalu berani melanggar pantang dan tidak sayang badan.

Kata mereka, kesan tidak berpantang akan muncul selepas seseorang wanita itu meningkat usia, bukan dalam masa terdekat.

“Tak faham orang sekarang ni dalam pantag boleh keluar, berani sungguh!

“Dia cakap benda betul orang muda zaman sekarang memang tak reti jaga pantang, tak cukup satu bulan dah pakai seluar ketat, tak elok laa.

"Pergi la tanya orang tua-tua, mereka mahir dalam bab pantang, dia marah lagi-lagi yang tak jaga pantang ni. Kesan dia bukan sekarang..tapi bila kita berumur just nasihat,” komen beberapa yang tidak bersetuju dengan tindakan Fasha.