Raikan Aidilfitri bersama, ramai pihak mula mengesyaki bahawa identiti di sebalik wanita yang ingin dikahwini pelakon, Zul Ariffin, 38, adalah penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai, 48.

Gayatri Rapat Dengan Keluarga

Menjawab kepada khabar angin tersebut, Zul menerangkan Gayatri sememangnya akrab bersama keluarganya dan sering kali menyambut lebaran bersama-sama.

“Dia tiap-tiap tahun akan beraya bersama keluarga saya, daripada dulu mak saya memang sayang dia, macam mana sekalipun dah anggap macam anak dia sendiri.

“Jadi kalau tengok throwback, dia sebenarnya tiap-tiap tahun ada, cuma kurang abang saya sahaja tak ada dalam gambar tu,” katanya.

Masih Rahsiakan Identiti Bakal Isteri

Sementara itu, Zul masih bertegas enggan mendedahkan identiti wanita yang ingin dinikahinya kerana beranggapan bahawa kehidupan peribadinya perlu dirahsiakan dan hanya akan menguar-uarkan perkahwinannya apabila tiba masa yang sesuai.

“Saya seorang pelakon, semua benda sama ada baik ataupun yang buruk, perkara tu nak tak nak orang akan tahu pasal diri saya.

“Yang saya ada saki-baki untuk diri saya adalah kehidupan peribadi saya. Jadi bukannya saya tak nak kongsi dengan orang, tapi itulah satu-satunya yang saya ada," kongsinya.

Terdahulu, Zul dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Gayatri pada tahun 2012 namun berpisah selepas tiga tahun.

Sering kelihatan bersama, pelakon filem Sheriff itu bagaimanapun menepis dakwaan cinta mereka kembali bertaut pada sekitar tahun lalu.

BERITA TRENDING:Tak Mahu Tangguh Perkara Baik, Zul Ariffin Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Akhir Tahun Ini?

BERITA TRENDING:Tak Mahu Libatkan Diri Dengan Kontroversi Orang Lain, Zul Ariffin Doakan Terbaik Untuk Ruhainies - “Baik Saya Jaga Lidah”