Laman Utama

Darurat Ini Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Tiada Perintah Berkurung & 5 Fakta Perutusan Khas PM

gempak
Azwa Rahman
12/01/2021
04:54 MYT
Sponsor Banner
Darurat Ini Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Tiada Perintah Berkurung & 5 Fakta Perutusan Khas PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan, proklamasi darurat yang diisytihar bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, dan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.
Dalam pengumuman khas darurat pada Selasa, beliau menjelaskan bahawa sepanjang darurat itu, kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa.
Tambah beliau, jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri juga tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat ini.
Kata Muhyiddin lagi, aktiviti ekonomi akan diteruskan mengikt prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lima fakta Perutusan Khas Darurat:
1. Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi membendung gejala wabak Covid-19 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
2. Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dilaksanakan.
3. Semua sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat.
4. Badan kehakiman akan terus berfungsi menegakkan hukum dan keadilan sepanjang tempoh darurat dikuatkuasakan di negara ini.
5. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani COVID-19 dan urus ekonomi negara
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live