Hiburan

"Dia Tak Memilih Kawan. Dulu Aku Naik Motor Cabok Je Dia Pelawa Makan Semeja..." - Ajak Shiro Imbas Kenangan

gempak
Badrul Hashim
27/02/2019
02:48 MYT
Sponsor Banner
"Dia Tak Memilih Kawan. Dulu Aku Naik Motor Cabok Je Dia Pelawa Makan Semeja..." - Ajak Shiro Imbas Kenangan
Memang hidup kita tidak selalu di bawah, dan tidak selalu di atas. Apatah lagi dalam industri seni yang mencabar.
Sesiapa yang menonton Arena Panggang di Astro Warna pasti melihat aksi Ajak dan Ieda Moin yang sering bergaduh antara satu sama lain.
"Hari ni last day Baba nak bertekak dengan YB Ieda. Rindu dengan akak aku ni. Lepas ni tak ada dah gaduh.
"Korang kalau perasan, kenapa Baba selalu gaduh dengan dia? Sebab kami memang couple gaduh. Kami setuju dari awal supaya nampak Arena Panggangnya tu (hebat)," terang Ajak kenapa mereka sering nampak bergaduh.
Menurut Ajak, dia menyayangi Ieda kerana Ieda merupakan pelakon pertama yang dia temui ketika menjadi pelakon tambahan dalam Navy.
"Dia bagi semangat, tak memilih kawan. Aku naik motor cabok je dia pelawa makan semeja dan Alhamdulillah Baba sepentas dengan Kak Ieda.
Ini jasa dia, takkan la Baba mencikkk dia. Apalah korang ni. Thank you Kak!" tulis Ajak.
Ieda Moin atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin memulakan karier sebagai penyanyi dengan menubuhkan kumpulan Moin di akhir tahun 90an sebelum terjun ke bidang lakonan.
Kredit Gambar: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live