Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis dalam drama rantaian Nur, Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Syapie meninggalkan pesanan yang berguna pada netizen.
"Kawan-kawan post gambar tak tutup aurat, laju je kita like sebab cantik.
"Tapi sedar tak dalam diam kita tengah galakkan kawan kita untuk pamerkan auratnya lagi dan lagi," tulis Noorkhiriah di Instagramnya.
Kata Noorkhiriah, kalau kita sayangkan kawan kita, hantarlah pesanan secara peribadi dan tulislah secara berhikmah.
"Sekurang-kurangnya kita dah buat satu amar makruf nahi munkar, kita kan nak masuk syurga sama-sama," tulisnya lagi.
Tidak diketahui sama ada pesanan tersebut ada kaitan dengan kisah hangat Emma Maembong yang sudah membuka tudungnya yang dipakai sejak lima tahun lalu, ataupun sekadar pesanan secara am kepada semua netizen.
Apa-apapun pesanan tersebut sememangnya patut diambil sebagai satu nasihat yang berguna kepada kita semua.
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat