Hiburan
Ditikam Tolak Lamaran Kahwin, Aktres Tamil Puas Hati Pengarah Kena Penjara
Selepas empat tahun trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang banyak terbabit dengan naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra boleh menarik nafas lega.
Hal itu lantaran lelaki yang juga seorang pengarah yang telah menikamnya diperintahkan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara tiga tahun akibat jenayah yang dilakukan, lapor indianexpress.com.
BERITA TRENDING: Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal
Mengikut kronologi kes, Malvi ditikam sebanyak tiga kali pada malam 26 Oktober 2020 berhampiran kediamannya oleh lelaki yang mendakwa dirinya seorang pengarah, Yogesh Mahipal Singh.Malvi didapati tercedera pada bahagian tangan dan perut selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu berkahwin dengannya.
“Saya berdepan trauma yang teruk selepas kejadian itu. Ia lebih daripada kecederaan atau kesan tikaman tetapi memberi impak yang besar terhadap mental saya.
“Terima kasih pihak berkuasa kerana telah memberi saya keadilan. Kesabaran saya berbuah manis. Setiap perbuatan ada balasan dan keadilan selalu berpihak kepada yang benar,” luah Malvi di dalam akaun media sosialnya.
Terdahulu pelakon filem Hotel Milan itu memberitahu menerima Yogesh sebagai kenalan selepas lelaki itu mahu bersahabat dengannya menerusi Facebook.
Mereka kemudian berkawan dan pernah keluar bersama sebelum Malvi menjauhkan diri selepas menolak lamaran Yogesh mahu mengahwininya.
Sejak itu Yogesh mengintip pergerakan Malvi sehingga berlakunya insiden tikaman empat tahun lalu.
BERITA TRENDING: Kontraktor Umur 51 Tahun Dituduh Bunuh Bekas Pelumba Motosikal Negara Elly Idzlianizar
BERITA TRENDING: Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri
BERITA TRENDING: Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja
Must-Watch Video