Hiburan
Drama Bersiri Halfwords Musim Kedua Bakal Temui Penonton
Siri drama fantasi dan penuh aksi, Halfworlds musim kedua akan menemui penonton seluruh Asia secara eksklusif di saluran HBO (411) dan HBO HD (431) pada Ahad, 22 Januari ini.
Drama bersiri dengan durasi satu jam ini bakal bersiaran selama lapan episod ini diarahkan oleh pengarah terkenal Thailand, Ekachai Uekrongtham. Sebelum ini, Ekachai pernah mengarahkan beberapa buah filem terkenal seperti Beautiful Boxer dan Skin Trade.
Musim kedua siri Halfworlds ini menampilkan barisan pelakon terkemuka Asia dari Thailand, Indonesia, Filipina dan Taiwan.
Drama bersiri ini mengisahkan mengenai seorang penyelidik bernama Juliet (Tia Tavee) yang sedang cuba untuk mendedahkan dunia paranormal yang tinggal di kalangan manusia. Berbekalkan penyelidikan terdahulu yang pernah dilakukan oleh mendiang bapanya, Juliet berusaha untuk mendapatkan jawapan.
Selain Tia Tavee, musim kedua drama bersiri ini turut mengekalkan penampilan pelakon musim terdahulu iaitu Reza Rahadian dan Arifin Putra. Pelakon-pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri ini ialah Peem Jaiyen, Emma Grant, Myra Molloy dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Halworlds musim kedua setiap Ahad, bermula 22 Januari di saluran HBO (411) dan HBO HD (431). Halfworlds juga boleh ditonton menerusi Astro On The Go.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video