Secara eksklusif, Astro Shaw dengan bangganya berkongsi gambar pertama dari filem tempatan yang dinanti-nantikan, ‘The Experts’.

Menjadi salah satu naskhah heist level baru untuk 2024, filem bertemakan aksi rompakan ini dibarisi pelakon hebat seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray.

Filem ini diarahkan oleh sutradara filem pecah panggung Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah. Manakala skrip ditulis Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh.

BERITA TRENDING: Masa Bersama Merapatkan Kita... Ini Rupanya ‘Kolaborasi Rahsia’ Syafiq Kyle & Mimi Lana!

The Experts mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak.

Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru.

Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Isteri Aaron Aziz Kongsi Resepi Kuetiau Goreng Yang Syamsul Yusof Makan Sampai Tambah…

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem berkonsepkan heist seperti ‘The Experts’ jarang dihasilkan di negara kita.

"Kami yakin naskhah sebegini mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Selaku perintis, Astro Shaw amat menitik beratkan kualiti dan penceritaan yang menghiburkan. Bagi menyuntik keterujaan penonton, kami kongsikan gambar eksklusif pertama daripada babak filem ini, sekali gus mengumumkan secara rasmi barisan pelakon utama. Banyak lagi yang akan kami kongsikan tentang The Experts dari masa ke semasa."

Nantikan kemunculan filem aksi ‘The Experts’ yang dijangka akan menemui penonton tahun ini di pawagam seluruh tanah air.

Ikuti perkembangan filem ini di media sosial Instagram, X, TikTok, dan Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak.

PILIHAN PEMBACA: #GTheUntoldStory: Tuah Alam Dibanjiri Tawaran, Remy Ishak Tidak Tolak Kerana Rezeki Pernah…