HIBURAN
Fikry Ibrahim Nafi Dakwaan Kahwin Paksa, Ada Sebab Tak Hebahkan Perkahwinan - “Saya Percaya Benda Yang Baik…”
Pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai berita perkahwinannya yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ada sebab tak hebah awal
Menurut Fikry, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya bersama wanita pilihan hati iaitu Khalizah, sebaliknya dia menunggu majlis tersebut selesai terlebih dahulu.“Saya percaya benda yang baik ni selagi tak pasti jangan kongsikan, jadi saya tunggu sampai selesai. Alhamdulillah perkara yang baik,” katanya menerusi siaran langsung program Melodi.
Nafi kahwin paksa
Berbicara mengenai perkahwinannya, Fikry juga turut menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak gembira dan dikahwin secara paksa.Kata Fikry, pada ketika itu banyak perkara yang difikirkannya sebaik sahaja sah bergelar suami.
Dalam pada itu, Fikry juga memaklumkan isterinya kini sedang berada di Kedah menjaga ibunya.“Ada yang cakap muka tak rela ke awak kena kahwin, saya rasa salah tu, saya bukan buat Akasia, mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir termasuklah menjadi seorang suami ni tanggungjawab dia besar dan kena adil. “Saya ada seorang ibu, saya ada seorang isteri sekarang ini. Adil itu bukanlah sama rata. Adil itu meletakkan hak pada tempatnya,” jelasnya.
“Isteri saya sekarang ini tengah dengan ehsan beliau tengah menjaga ibunda saya tercinta di Kedah. Terima kasih sayang,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."
ARTIKEL BERKAITAN:“Kena Minor Stroke, Ibu Lupa Nama Saya..” - Kongsi Kesihatan Terkini Ibu, Air Mata Fikry Ibrahim Tumpah
ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim Kongsi Video Mengusik Ibu Buat Netizen Terhibur - “Hat Ni Kalau Kawin Bagitau Awai Naa”
ARTIKEL BERKAITAN:“Ada Masa Kena Berlembut, Ada Masa Kena..” - Fikry Ibrahim Beri Pesanan Pada ‘Adam’ Di Luar Sana
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”
Terdahulu, tular satu perkongsian yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram bernama Honey Julpaaa.
Menerusi beberapa hantaran di Insta Stories miliknya merakamkan Fikry dan Khalizah menyarungkan busana berwarna putih.
Malah Fikry juga dilihat melafaz akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Must-Watch Video