,
Filem

Filem Malaywood Bakal Mengulangi Kegemilangan Bollywood?

Ahmad Shah
07/04/2016
07:14 MYT

Lima tahun kebelakangan ini, filem Melayu kembali menerima reaksi positif oleh peminat filem tempatan.

Buktinya, pawagam yang dahulunya dipenuhi peminat filem-filem Hollywood dan Bollywood, kini istilah Malaywood akhirnya bakal diguna pakai melihat kepada kebangkitan dan sambutan hangat terhadap filem tempatan.

Hampir beberapa dekad mencuba, suasana pawagam tempatan kembali ‘bernyawa’ dengan kemunculan karya-karya yang lebih bijak dan matang, sesuai dengan kehendak penonton.

KL Gangster terbitan Skop Production yang ditayangkan pada tahun 2011, menjadi penanda aras terhadap kemampuan pengarah tempatan untuk mengubah landskap perfileman Malaysia, sehingga menerima sambutan hebat penonton di pawagam.

Ianya menjadi pemangkin buat Astro Shaw pada tahun 2013 untuk menyusun semula strategi dan mengukuhkan bahagian produksi serta pemasaran secara menyeluruh.

“Kami melihat kekuatan serta kelemahan dan seterusnya menganalisis jurang tersebut. Selain itu kami mengkaji pasaran tempatan, di sekitar negara-negara Asean, Asia Utara, Eropah dan Amerika Utara.

“Dengan pemahaman yang lebih baik mengenai apa kehendak penonton di pawagan, kami merangka satu strategi yang baru,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Astro Shaw, Najwa Abu Bakar kepada portal Forbes.

Ternyata strategi Astro Shaw berjaya apabila The Journey yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan yang meraih kutipan RM17.28 Juta pada tahun 2014.

Lebih mengejutkan, 2015 dan 2016 merupakan tahun kebangkitan Astro Shaw apabila filem Polis Evo dan Ola Bola membuktikan landskap perfileman kini berada di tahap yang ‘menyihatkan’.

Dengan strategi pemasaran yang kukuh, Polis Evo dan Ola Bola berjaya keyakinan kepada peminat dan pengkritik bahawa revolusi perfileman Malaysia bakal berkembang secara pesat selain kembali memenuhi pawagam tempatan.

Tidak hanya itu, penerimaan umum terhadap filem-filem Indie di Malaysia turut berada di tahap yang positif.

Mungkin di awal kemunculan filem Indie di pawagan sedikit ‘lesu’, namun secara mata kasar kritikan dan pujian yang dilemparkan filmgoers membuktikan masih ada sikap ‘ambil tahu’ mengenai pergerakan filem-filem tempatan mahupun Indie.

Apapun, kebangkitan ‘zaman gelap’ berjaya mewujudkan persaingan sihat dalam industri perfileman Malayia dan sekaligus mengukuhkan karya-karya berkualiti yang lahir dari pembikinan filem tempatan.

Namun persoalannya, adakah Malaywood mampu menyaingi kehebatan filem Bollywood?

Sumber: Forbes

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Cuaca Sejuk, Kru Jatuh Sakit" - 15 Jam Masuk Bario Demi Tegkang, Pengarah Lega Filem Menang Banyak Anugerah

gempak
14/10/2024
12:50 MYT
Industri perfileman tanah air sering dibanjiri oleh filem-filem dengan genre seram, aksi, atau komedi, dan jarang menonjolkan budaya masyarakat setempat dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Smile 2

gempak
09/10/2024
10:00 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out Giveaway sekarang!
Hiburan

“Mereka Nampak Kebangangan Saya…” - Pablo Amirul Kongsi Cerita Pernah Jadi Anak Murid Kepada Farid Kamil & Bront Palarae

gempak
07/10/2024
08:55 MYT
Pelakon aksi, Pablo Amirul mendedahkan dia pernah menjadi anak murid kepada aktor Farid Kamil dan Bront Palarae kerana dirinya tidak mempunyai asas lakonan pada awal penglibatannya dalam dunia seni.
Hiburan

Syafiq Yusof Bereksperimentasi Dengan Telekinesis - "Genre Ini Fresh, Tak Salah Saya Nak Warnai Industri"

gempak
05/10/2024
03:55 MYT
Selepas kejayaan filem Sheriff, pengarah Syafiq Yusof muncul dengan karya sains fiksyen terbaharu bertajuk Telekinesis mengambil inspirasi daripada naskhah antarabangsa terkenal Twilight.
Hiburan

Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar

gempak
04/10/2024
00:06 MYT
Filem Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 pada Mac tahun depan.
BorakSeeni