Pelakon utama filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin mendedahkan dirinya kini dirawat di sebuah hospital.

Zul memaklumkan perkara berkenaan menerusi akaun Instagramnya semalam.

Kemas kini terbaru itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan dirinya terlantar di atas katil hospital.

“After weeks of postponing, delaying and avoiding the doctor’s advice because of promotions, events and travelling, I finally had to give in...

“And check in. Only for a few days and all should be better, Insha-Allah,” tulisnya.

After weeks of postponing, delaying and avoiding the doctor’s advice because of promotions, events and travelling, i finally had to give in... and check in. Only for a few days and all should be better, InsyaAllah.

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on


Bagaimanapun, Zul tidak pula menjelaskan punca penyakit yang menyebabkan dirinya ditahan dihospital.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan kondisi artis kesayangan mereka ini mula meninggalkan komen yang mendoakan supaya Zul kembali pulih selepas mendapat rehat secukupnya.

Terdahulu, Zul dikejarkan ke hospital dipertengahan majlis malam gala filem Misteri Dilaila yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 8 Mac lalu.

BACA: “Terpaksa Keluar Pawagam Dan Terus…” – Zul Ariffin Mohon Maaf, Digegaskan Ke Hospital

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya.

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.

Foto: Instagram @zul_ariffin