Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak bakal menemui penonton selama 10 episod bermula malam tadi.

Drama bergenre komedi seram hasil cetusan idea Anwar Hadi ini mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga membuatkan ka trending di laman sosial Twitter.

Episod pertama yang disiarkan pada malam tadi mengisahkan Malik (Ikmal Amry), si kasanova yang bosan dengan teman wanitanya Bella (Elizabeth Tan), keluar bersama seorang wanita lain iaitu Suraya (Raysha Rizrose).

Kerana kantoi, Bella menghantar dua ekor zombie bagi menggangu hidup Malik dan ini membuatkan dia terpaksa mendapatkan bantuan pemburu pontianak.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap mood dan penggunaan warna yang cantik.

“So untuk #ExAkuPontianak episod 1 ni, aku boleh kata yang ianya episod yang menghiburkan,” komen seorang wargamaya.

“Okay dah tengok #ExAkuPontianak episod 1. Quite fast paced for a 30-min episode, packed with loads of reference to Malay pop culture. My most fav takeaways: rase gane rapah kasih orang, yOur nExt paleotak lu, the OG @IniAnwarHadi himself made an appearance yass go off,” kata seorang wargamaya.

“Sambung next week gang! Tapi sumpah cerita ni fun hahahaha #ExAkuPontianak,” ujar seorang wargamaya.

“Gamaknya kena tunggu minggu depan le nak tengok apa yang jadi dekat Malik. Tak sabar tunggu ep 2 #ExAkuPontianak,” tulis seorang wargamaya.

“Alright, expectation aku untuk cerita ni quite low at first but it turns out as funny series starter. Wanna see how they proceed to ep 2!” komen seorang wargamaya.

“Honestly, lawa shoot & colour grading drama #ExAkuPontianak ni!,” puji seorang wargamaya lagi.

Jangan lupa saksikan episod kedua drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).

Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.