Raja Pop Dunia, Michael Jackson telah lama meninggal dunia. Michael yang menjadi figura paling ikonik dan berpengaruh tersebut meninggal dunia pada 25 Jun 2009.

Namun sehingga kini masih ada beberapa kes terhadapnya termasuk perebutan harta sedang dan akan berjalan di mahkamah.

Saman

Malah salah satu kes yang dijangka akan menyita perhatian dunia adalah mengenai dakwaan dua lelaki iaitu Wade Robson, 41, and James Safechuck, 46, terhadap penyanyi tersebut.

Keduanya memfailkan saman terhadap syarikat produksi Michael tahun lalu.

Robson dan Safechuck mendakwa telah menjadi mangsa pedofil Michael sewaktu mereka kanak-kanak dengan antaranya berlaku di kediaman di Neverland dan beberapa lokasi lain.

Hal yang akan menjadi perhatian adalah gambar bogel milik Mihael akan pertama kali didedahkan kepada dunia setelah diambil pihak polis sebaik kes tersebut berjalan tahun hadapan.

Meski demikian tidak ada pendedahan tentang bagaimana, bila dan di mana gambar tersebut dirakamkan diberikan kepada media, lapor DailyMail.uk.

Mangsa

Mengikut fakta kes, Robson yang kini merupakan seorang koreografer dan pengarah mendakwa telah dijadikan mangsa pemuas nafsu Michael sejak berusia lapan tahun. Dia juga mendakwa menjadi mangsa pedofil Michael dari tahun 1990 sehingga 1996.

Safechuck pula mendakwa menjadi mangsa pedofil sejak tahun 1988 sehingga 1992, seawal usia 11 tahun.

Kedua-duanya juga mendakwa mempunyai banyak bukti dalam foto dan boleh menggambarkan kejadian termasuk dipaksa melakukan seks oral serta memperdaya mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa dan romantis.

Salah seorang daripada mereka iaitu Safechuck juga mendakwa telah membeli cincin pertunangan dengan Michael dan menerima curat cinta daripada bintang terkenal itu.

Kini kedua-duanya mendakwa telah berdepan dengan tekanan emosi dan trauma terhadap kejadian lampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Restu Anak Saudara Jadi Michael Jackson Dalam Biopik

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Mirip Michael Jackson, Netizen Mahu Hael Husaini Yang Lama; “Tolonglah Kembali Macam Dulu”