Tahun 2023 bakal ditinggalkan dalam hitungan hari. Banyak kenangan baik manis atau pun buruk dicoret secara sengaja juga tidak untuk menandai kewujudan tahun yang penuh pancaroba ini.

Dunia seni Indonesia juga mencetak banyak cerita tersendiri tentang tahun 2023. Dan ini sebahagian sejarahnya.

Bunga Citra Lestari Nikahi Duda Anak Tiga

Tempoh empat tahun menjadi balu selepas kematian suami iaitu aktor Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair, bintang terkenal Bunga Citra Lestari memilih untuk kembali berumah tangga.

BERITA TRENDING: BCL Selamat Bergelar Isteri Tiko

PILIHAN PEMBACA: "Tiko Hadirkan Semula Senyumanku, Tapi Sakit Ini Tidak Akan Pergi" - BCL

Bunga atau dikenali dengan panggilan BCL memilih menikah dengan teman lama yang dikenali saat di universiti iaitu Tiko Aryawardhana pada 2 Disember 2023 di sebuah resort mewah di Bali.

Perkahwinan ibu satu anak iaitu Noah Sinclair dengan Tiko menjadi berita paling hangat di Indonesia.

Bukan hanya kerana BCL sudah boleh melupakan kepedihan hati ditinggal suami tercinta tetapi juga bagaimana keluarga bekas mentuanya masih akrab dengan penyanyi Wanita Terbahagia itu.

Dan yang paling menjadi buah mulut juga apabila fakta kurang enak mengenai Tiko dibongkar termasuk status dirinya merupakan duda yang didakwa gagal membayar nafkah tiga anak dari perkahwinan terdahulu sehingga pendapatannya yang dikatakan tidak setaraf dengan BCL.

BERITA TRENDING: Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”

Gadis Kretek Buat Jeng Yah Popular, Kembalikan Tradisi Pakai Kebaya

Sebuah siri Netflix, Gadis Kretek telah menebarkan fenomena dalam kalangan penonton bukan hanya kerana jalan cerita dan para pemain tetapi tentang latar belakang dan penampilan berkebaya yang dipaparkan dalam naskhah adaptasi novel tulisan Ratih Kumala.

Dian Sastro sebagai Jeng Yah menjadi trending dan penampilan manis berkebaya yang diambil dari era 1960-an telah kembali popular.

BERITA TRENDING: 6 Bulan Dian Sastrowardoyo Berkurung, Dengar Lagu Gamelan Demi 'Gadis Kretek'! - "Saya Berhenti Jumpa…

Selain Dian, keberkesanan lakonan bintang lain Ario Bayu, Arya Saloka, Putri Marino, Tissa Biani, Ine Febriyanti, Winky Wiryawan, Sheila Dara dan Ibnu Jamil misalnya telah membuat siri ini menjadi fenomena dan paling laris tayangannya di platform tersebut.

Gadis Kretek yang menjalani penggambaran sekitar Jakarta, Kudus, Ambarawa, Yogyakarta dan Magelang, Indonesia ini mengangkat kisah perjuangan seorang wanita iaitu Dasiyah menghasilkan formula rokok sekaligus menggamit perasaan lewat kisah cinta sejatinya.

Kejayaan Si Buta Putri Ariani Di AGT 2023

Nama Putri Ariani mengalahkan populariti penyanyi Indonesia sedia ada sepanjang 2023 apabila menarik perhatian juri paling angkuh dalam program America's Got Talent (AGT) Simon Cowell.

BERITA TRENDING: Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”

Gadis kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan ini malah mengharumkan nama Indonesia apabila lolos sehingga ke final dan membawa pulang gelaran pemenang tempat keempat dalam AGT yang mencungkil bakat dalam pelbagai kemahiran itu.

Meski tidak menjadi juara, karier Putri meroket dengan kredit yang diberi Cowell termasuk diberi standing ovation pada persembahan akhir dan menerima Golden Buzzer pada peringkat pemilihan.

PILIHAN PEMBACA:Power! Penyanyi Buta Indonesia, Putri Ariani Masuk Final America's Got Talent

Pre Wedding Buat Gunung Bromo Terbakar

Salah satu peristiwa yang telah meninggalkan kesan tersendiri di tahun 2023 buat Indonesia adalah berita kebakaran sekaligus kemusnahan sebahagian ‘aset kebanggaan’ dunia pelancongan mereka iaitu Gunung Bromo.

BERITA TRENDING: Pasangan Penyebab Bromo Terbakar Minta Maaf, Akui Cuba Padam Api Dengan Air Mineral

Apa yang menjadi perhatian adalah kebakaran tersebut terjadi hanya kerana mahu menjayakan sebuah fotoshoot pre wedding di kawasan terkenal di Bukit Teletubbies, Gunung Bromo.

Insiden yang terjadi pada September di gunung yang terletak di Jawa Timur terebut disebabkan oleh percikan api daripada suar yang dibakar. Ia kemudian menjadikan kawasan dengan rumput menghijau dan subur itu bertukar wajah.

Pihak berkuasa termasuk pasukan bomba mengambil masa lebih seminggu untuk memadamkan api dan kawasan pelancongan itu ditutup sehingga dua minggu sekaligus mengakibatkan kerugian yang cukup besar.

Nafsu Virgoun Hingga Bercerai Dengan Isteri Cantik

Virgoun mungkin memegang status penyanyi paling kontroversi 2023 selepas mantan isteri, Inara Rusli membongkar tentang suaminya yang menjalin hubungan sulit dengan gadis remaja.

BERITA TRENDING: Dapat Firasat Mimpi, Isteri Bongkar Penyanyi 'Surat Cinta Untuk Starla' Main Kayu Tiga

Isu rumah tangga mereka menjadi sangat heboh apabila Inara mendedahkan Virgoun mempunyai nafsu liar dan telah curang meski dirinya telah mencuba sedaya upaya memenuhi kehendak penyanyi itu.

Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat, penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu akhirnya sah bercerai dengan Inara pada November lalu selepas menjadi suami isteri sejak tahun 2014.

Inara kemudian mendapat hak penjagaan anak, nafkah idah dan muta'ah, harta sepencarian serta hasil royalti daripada karya lagu Virgoun.

PILIHAN PEMBACA: Persiapan Jadi Janda, Isteri Virgoun Buka Purdah & Jadi Duta Klinik Kecantikan

Ledakan Populariti Refal Hady

Bukan pelakon baharu tetapi Refal Hady menjadi antara bakat muda yang mencipta popularitinya sendiri sepanjang tahun ini.

Refal, 29, atau nama sebenarnya, Reza Fahlevi Alhady ironi sudah lapan tahun berada dalam dunia lakonan namun penampilannya di filem Ketika Berhenti Di Sini telah memberi impak tersendiri.

Wajah tampan dan bakatnya menjadi sebutan sehingga Refal begitu popular di aplikasi TikTok.

BERITA TRENDING: #GMW: Trend NPC Jadi Ikutan, Refal Hady Malu-Malu & Menariknya Filem Malbatt: Misi Bakara

Kehadirannya ke Malaysia dalam rangka mempromosi filem yang dimainkan dengan aktres Prilly Latuconsina pada Ogos lalu telah diserbu ribuan peminat.

Beza Agama, Rizky Febian & Mahalini Tetap Bertunang

Pasangan penyanyi Rizky Febian dan Mahalini menyita perhatian peminat dengan kisah cinta beza agama mereka.

BERITA TRENDING: Sule ‘Naik Angin’ Bila Ada Yang Tanya Bakal Menantu Akan Peluk Agama Islam Atau Tidak

Lebih menarik, di sebalik banyak tekanan mengenai beza agama yang diterima, Rizky dan Mahalini mengukuhkan cinta mereka dengan ikatan pertunangan.

Anak pelawak Sule beragama Islam itu bertunang dengan penyanyi lagu Sial yang merupakan penganut Hindu tersebut pada 7 Mei 2023.

BERITA TRENDING: Bercinta Setahun, Rizky Febian & Mahalini Bertunang

Mereka merancang berkahwin namun tetap tidak menjawab spekulasi mengenai Mahalini yang dikatakan bakal menjadi mualaf sebelum mendirikan rumah tangga.

Skandal Miss Universe Indonesia 2023, Peserta Kena Bogel

Pertandingan ratu cantik Miss Universe Indonesia 2023 menjadi kontroversi selepas beberapa skandal terbongkar.

Ini termasuklah dakwaan beberapa peserta yang mengaku yelah dipaksan berbogel sewaktu melakukan body checking. Apa yang tidak menarik apabila peserta juga dipotretkan dalam keadaan berbogel.

Selain isu tersebut, pertandingan yang berjalan pada Ogos lalu ini juga berdepan skandal rasuah dan beberapa isu dalaman lain sehingga membuat reputasi program ini tercalar.

PILIHAN PEMBACA: Peserta Miss Universe Diminta Bergambar Bogel, Ada Dimarah Sebab Tutup Payudara Dengan…