Sebuah karya melangkaui sempadan negara, itulah magis yang cuba dicipta Aziz Harun dan Hannah Delisha menerusi single duet mereka yang berjudul Hana hasil ciptaan penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir bersama Mike Chan dan Romeo.
Single terbitan bersama oleh Faithful Music dan Warner Music Malaysia ini diharap dapat memberi nafas segar kepada industri muzik di rantau ini apabila ianya menggandingkan dua anak muda berbakat besar berasal dari Brunei dan Singapura yang menyanyikan karya ciptaan anak watan Malaysia.
“Kami berharap gandingan Aziz yang berasal dari Brunei dan Hannah yang berasal dari Singapura menerusi lagu ‘Hana’ ini dapat memartabatkan lagi muzik tempatan di rantau ini,” ulas Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia.
Bakal memberikan lebih impak, lagu ini turut diangkat sebagai runut bunyi drama ‘Alamatnya Cinta’, sebuah karya adaptasi daripada drama popular Korea ‘Full House’. Drama arahan Bernard Chauly dan dibintangi oleh Hannah Delisha dan Hisyam Hamid ini bakal ditayangkan di Astro Ria pada 20 Ogos nanti.
Single ‘Hana’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 3 Ogos 2018. Manakala video muzik rasmi ‘Hana’ boleh ditonton di saluran Youtube Faithful Music sejak 7 Ogos 2018.
Kamaruddin Razal
Thu Aug 16 2018
Taman Hiburan Terbakar, Ragut 27 Nyawa Di India... Ramai Kanak-Kanak
Kebakaran di sebuah taman hiburan di Bandar Rajkot, Gujarat sebuah negeri di barat India pada Sabtu meragut 27 nyawa, termasuk ramai kanak-kanak.
Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia
Bekas penyanyi dan pengacara, Nabil Zamanhuri,37 dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Ahad ini.
Hafeez Mikail Bakal Timang Baby Girl!
Pelakon, Hafeez Mikail mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan.
Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"
Sepotong video yang memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal membuat bekal buat suaminya berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
“Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak
Sepotong video memaparkan momen manis pelakon, Fizo Omar melawat anak perempuannya, Wan Maryam di sekolah berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Campak Telefon Suami Keluar Kereta Sebab Tak Dilayan, ‘Content’ Pasangan Ini Dikritik Warganet
Setiap gurauan ada hadnya. Dan mungkin luahan seorang pengguna media sosial yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu kandungan yang disifatkan sebagai ‘bodoh’.
Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Lauren Tsai, Ini Respons Agensi Park Seo Joon
Awesome ENT selaku agensi yang menaungi aktor popular Korea Selatan, Park Seo Joon memberi maklum balas terhadap khabar angin mengenai hubungan cinta aktor mereka dengan Lauren Tsai.
Gugurkan Nama Bapa & Pilih Nama Ibu, Vivienne Jolie Tak Anggap Bratt Pitt Sebagai Ayah
Seorang lagi anak mereka menggugurkan nama Pitt sekaligus tidak mahu dikaitkan dengan aktor tersebut sebagai lelaki yang pernah menjadi bapa mereka.
Netizen Kesal Sikap Ghairah Viral, Selalu Tolong Orang Yang Salah - “Jangan Terlalu Percaya…”
Seorang individu di Facebook meluahkan rasa kekesalan dengan segelintir pihak yang ghairah menularkan sesuatu perkara tanpa sebarang penyelidikan.