gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bilal Indrajaya Tarikan Utama Fasa Pertama Panggung Purnama Di Zepp KL, 28 September Ini! - "Kami Percaya Magnet Bilal Buat Peminat Candu"
GAYA HIDUP
Nabil, Johan & Bella Astillah ‘Naik EV’, Semarakkan Gaya Hidup Hijau
HIBURAN
Fattah Amin Ulas Dakwaan Dibayar Jutaan Ringgit Jadi Duta Minuman Tenaga Orang Kampung - "Fasal Bayaran Ni..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

Harga Tiket Konsert Elite Dikatakan Terlalu Mahal, Abby Tak Marah - “Yang Tak Berminat Tak Apa… Duduk Tepi”

gempak
gempak
25/06/2025
12:29 MYT
Sponsor Banner
Harga Tiket Konsert Elite Dikatakan Terlalu Mahal, Abby Tak Marah - “Yang Tak Berminat Tak Apa… Duduk Tepi”
Pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi mengambil maklum mengenai isu harga tiket konsert mereka yang dikatakan agak mahal.

Kembalikan kenangan 90an

Tidak cepat melatah, Abby bagaimanapun meminta orang ramai memberikan peluang kepada Elite untuk menjayakan konsert sulung mereka yang bakal berlangsung pada September ini.
“Kemunculan Elite untuk showcase (konsert) yang akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada 20 September nanti sekadar ingin memeriahkan industri mengembalikan kenangan pertengahan 90an,” maklumnya.

Mahu beri persembahan terbaik

Tambah Abby lagi, sekiranya ada yang tidak berminat, Elite tidak berkecil hati sebaliknya akan memberi fokus untuk memberikan persembahan terbaik selain mengembalikan nostalgia zaman remaja mereka.

“Yang tak berminat tak apa, duduk tepi. Yang pasti ramai dah kawan-kawan kami sendiri yang dah tak sabar nak battle tiket ya.

“Tak sabar nak tunggu Khamis nanti. Tak sabar nak melawa dekat red carpet. Tak sabar nak mengembalikan nostalgia zaman-zaman remaja bersama kami anggota Elite.

“Yang paling hebat, kawan-kawan sendiri nak beli tiket yang paling mahal okay. Yang dari Singapore pun siap dah tempah hotel, awal betul,” coretnya.
View this post on Instagram
A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)
Terdahulu, tiket konsert Elite menjadi bualan hangat netizen selepas diumumkan dan rata-ratabta berpendapat harga yang diletakkan terlalu mahal.
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang membandingkan harga tiket Elite dengan konsert artis popular lain tanah air.
Harga tiket untuk konsert ELITE LIVE '25 adalah seperti berikut dan mengikut kategori:
GIG - RM 1,088 (termasuk meet & greet dan refreshment)
Manisnya senyumanmu - RM588
Catwalk - RM268
Tamparan Wanita - RM268
Tiket boleh diperoleh menerusi www.ticket2u.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement