Pengacara dan pelawak, Zizan Razak disahkan menghidap virus Influenza A dan masih menjalani rawatan serta mendapat pemantauan dari pihak hospital.

Berita tersebut dimaklumkan Zizan menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.

"Maaf lama tidak update di media sosial, cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenali saya, saya kini masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus influenza A," tulis Zizan sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Zizan turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di tempat awam.

"Nasihat saya pada semua, berhati-hatilah bila ke tempat awam, pakailah topeng atau apa sahaja yang mengelak dari terkena jangkitan di udara yang kita tidak nampak.

"Kalau terlupa bawa topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera," seloroh Zizan.

Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut dan rakan artis di ruangan komen, rata-rata mereka mendoakan kesembuhan yang cepat buat Zizan.

Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update dimedia sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan. Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A. Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan. Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ketempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak. Kalau terlupa bawak topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera. Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda. Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys. #zizanrazak #polisevo3

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Sekadar info, Zizan mula mencipta nama selepas memenangi tempat kedua dalam pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.