Ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil hanya memohon agar semua orang mendoakan yang terbaik untuk anaknya selepas penyanyi itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah pada Khamis.

BERITA TRENDING: “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia” - Ibu Aliff Aziz

Hafiza turut mengajak semua orang untuk berbuat perkara yang baik di 10 malam terakhir Ramadan untuk mendapatkan lebih kebaikan.

“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.

“Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan,” katanya kepada Gempak.

PILIHAN PEMBACA: Ibu Tiup Kata-Kata Semangat Untuk Aliff Aziz - "Allah Sayang Abang, Jangan Pernah Takut... Kamu Tak Sendirian"

Ditanya mengenai tindakannya tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah, Hafiza memberitahu dia enggan berbicara perkara yang negatif.

“Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja," tegasnya.

Dalam pada itu, Hafiza yang berharap yang terbaik untuk rumah tangga anak dan menantunya.

Pada Khamis, Aliff enggan menceraikan isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Ketika Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat bertanyakan kepada Aliff, penyanyi itu menyatakan dia tidak bersetuju kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan selain masih sayangkan Bella.

Mahkamah menetapkan sebutan untuk keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun.

BERITA TRENDING: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Bercerai Hari Ini?

BERITA TRENDING: ​Aliff Aziz Membisu, Keluarga Teman Datang Mahkamah!